Khamis, 3 Mei 2012

Monolog: Kronologi Usia

Sekalung Al-Fatihah buat Bob Kuman
Kehidupan ini singkat. sangat singkat. masakan tidak, setiap dari kita tidak tahu bila akan pergi. Tertanya-tanya, termimpi-mimpi. Tiada tarikh dan tiada hari.

Namun bukan itu isunya. Waktu itu biarlah menjadi rahsia Allah. Yang perlu? adalah prsediaan menghadapinya. KAU bersedia?

Namun, kematian bukanlah sesuatu yang perlu ditunggu. Ia akan datang. Hidup mesti diteruskan. Mengikut syariat, berpandukan mukjizat. jangan terlalu lazat menghirup dunia, sampai terlalai akhirat. pesanan buat aku dan kamu.

Pelik! Masih ada yang tidak faham. hakikat sebenar sebuah kehidupan. ini sementara dan diulangi, ini sementara. Yang kekal hanya Allah. semuanya akan binasa. Ya, Kita semua. Bersedialah. tiada siapa yang menjamin hidupnya hari esok. Berbaktilah.

Hari ini. Bob Kuman seorang pelawak dijemput pergi. Dunia menangis. Hebatnya, sebelum kematiannya, ulama' ummah menjadi kawannya. Ustaz Azhar Idrus, T.G Haji Hadi dan T.G Nik Aziz menemuinya. Syukur tidak terhingga.

Kita? entah apa yang akan berlaku. Jika amalan masih di tahap buku lali. Usah bermimpikan syurgawi. Syurga itu buat pencinta Allah. Yang benar-benar cinta. Galilah cintanya. Selagi ada usia. selagi ada nyawa. selagi ada tenaga.

Tiada ulasan: