Ahad, 6 Januari 2013

2013 tahun kejayaanku!

2012 telah pergi meninggalkan kita. Kini 2013 mengambil alih tampuk ditinggalkan 2013. Segala cerita yang tersimpan di dalam 2012 biarlah menjadi sejarah yang memberi pengajaran.

Bagi diri saya sendiri, 2012 adalah tahun yang penuh suka duka. Tahun yang melihatkan saya gagal buat kali yang seterusnya. Kegagalan ini bermakna saya gagal merealisasikan azam tahun baru saya. Keazaman itu saya bawa ke tahun 2013 insya Allah.

Kegagalan itu bukanlah kegagalan hidup, tetapi hanya gagal di dalam sebahagian perjuangan hidup yang panjang. Saya tidak menoleh ke belakang lagi. Azam itu saya semat kembali di dalam diri agar apa yang saya kehendaki itu tercapai dengan jayanya.

2013 saya memasang beberapa azam yang perlu saya kejar dan dapatkan. Biarlah 2013 ini menjadi tahun kejayaan saya untuk dihadiahkan kepada Islam dan keluarga. Tekad ini bukan sekadar tekad, tetapi target yang menjadi kewajipan bagi diri saya.

Beberapa item akan saya rangka untuk target saya tahin ini. Semoga semuanya tercapai dengan jayanya. Impian ini sayy sematkan di dalam hati agar sentiasa bermain setiap masa sekaligus mengusai segala tindakan saya. 2013 tahun kejayaanku! Semoga Allah makbulkan. Doakan saya kawan-kawan.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Khamis, 20 Disember 2012

Kejayaan Ukuran Allah, bukan makhluk.

Hampir sebulan meninggalkan laman sepi ini. Akhirnya Allah kurniakan kekuatan kepada saya untuk menuturkan sedikit kata. Pelbagai perkara telah dilalui sepanjang hampir sebulan ini. Alhamdulillah, Allah masih panjangkan umur kita untuk meneruskan agenda penghambaan kepada Allah.

Saya telag ditimpa musibah demam baru-baru ini. Disertakan sekali selsema dan batuk yang teruk. Perit rasa diri menanggungnya walau hanya demam biasa. Tetapi Alhamdulillah, semuanya kini sudah kembali normal kecuali batuk yang masih berbaki.

Exam semakin mendekat, rata-rata dalam persediaan menghadapinya. Kini musim membuka kitab sudah kembali. Biasalah, exam selalunya mengajar erti berusaha. Siapa yang berusaha, dia pasti dapat. Itu adatnya, namun jika Allah tidak mengizinkan kejayaan, usaha bagaimanapun pasti tidak akan berjaya. Kerana kejayaan itu sifatnya subjektif, tiada terikat dengan sebarang sijil. Tidak pula kerana pandangan manusia. Bagi saya, kejayaan adalah ukuran Allah. Hanya Allah yang berhak menilai kejayaan seseorang. Tugas kita, mencarinya.

Kesempatan ini, saya meminta jasa kawan-kawan untuk mendoakan saya. Itulah senjata paling ampuh yang kita ada. Moga-moga doa kalian yang didengari Allah. Itulah harapannya. Buat kalian saya juga mendoakan yang sebaiknya. Allah di samping kita.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Sabtu, 24 November 2012

Kezaliman dan Jahiliyah

Dunia semakin ditindas oleh kezaliman. Umat Islam dilihat sebagai manusia yang perlu ditindas. Diinjak2 oleh penzalim dari pelbagai sudut.

Biar apa namanya sekalipun, kezaliman tetap kita tentang habis-habisan. Zionis si laknat sedang menjajah bumi suci al-Quds. Anak buahnya sedang berjuang di setiap sudut dunia.

Kita sedar atau tidak, kita juga terkadang menjadi pengikut Zionis yang laknat. Umat Islam dijajah pemikiran dan cara hidup. Di mana al-Quran, di mana as-Sunnah? Hilang ditelan jahiliyah.

Doa kepada si zalim disiasat sebagai jenayah. Sedangkan si zalim terus berleluasa hidupnya. Aku sedih dengan jahiliyah ini. Andai dapat diubah segera, akan ku lakukan sebelum saat kedua.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Sabtu, 10 November 2012

Malas Menghantui Diri

Ya Allah, saya disapa kemalasan yang membimbangkan. Entah apa yang membuatkan saya terlalu malas untuk meneruskan karya yang tertunggak.

Saya pasti dikejar bos nanti. Dateline yang diberi sepatutnya saya konsistenkan. Ini tidak, saya mula melepak-lepak tanpa arah.

Bantu saya ya Allah. Saya cuba pujuk diri ini untuk rajin. Semoga saya berhasil menghasilkan karya yang saya idamkan. Adios.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Rabu, 7 November 2012

Cita-cita Bakal Tercapai

Alhamdulillah, cita-cita saya menjadi seorang penulis buku akan termakbul dalam masa 3 bulan lagi. Ini kerana saya dalam pembikinan manuskrip yang saya rahsiakan dulu tajuknya ini.

Saya mohon doa dari kawan2 agar saya diberi kekuatan untuk menyiapkan manuskrip ini. Terima kasih ustaz Syihabuddin yang sudi membimbing dan KPP yang menganjurkan kursus penulisan buku agama tadi.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Rabu, 24 Oktober 2012

Unta Sudah Sampai

Assalammualaikum...salam sejahtera kepada yang sudi membaca nukilan hati ini..semoga kalian dalam keadaan baik hendaknya.

Dua tiga hari lagi Aidiladha akan menjelma. Rumah perak pun dah meriah dengan kehadiran 3 ekor unta. Pakat sibuk semua melayan gelagat unta yang degil2 belaka tu. Punya la susah nak turun dari lori tadi. Tapi dengan berkat kerjasama. Berjaya juga diletakkan ditempat yang dikhususkan untuk mereka bertiga menghabiskan sisa hidup.

Tahun ini kakak saya menyertai akikah di Mesir untuk anak lelaki sulung. Saya yang.mempromosikannya. Maka saya lah yang akan menjadi wakil beliau nanti. Semoga rahmat Allah melingkari majlis ini nanti. Untuk pelajar Perak di Mesir ini, 3 ekor unta dan 17 ekor kambing akan dikorbankan. Insya'Allah.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Sabtu, 20 Oktober 2012

Oktober Kian Habis

Hari ini 20 Oktober 2012. Pantas sungguh masa berlalu. Pejam celik sudah hampir ke hujung tahun 2012. Bagi saya, tahun ini tiada apa yang boleh membanggakan diri saya. Masih banyak cita-cita dan impian yang tidak kesampaian. Mungkin Allah menangguhkan cita-cita saya itu ke tahun hadapan. Insya'Allah.

Sebut cita-cita, teringat menulis. Sebab antara cita-cita saya yang tidak tercapai itu adalah menulis paling kurang sebuah buku. Hasilnya? Masih tiada dan ditahap 0 peratus. Amat mendukacitakan.

Apa2 pun cita-cita adalah sebuah cita2. Ianya tetap tersemat di hati ini dan usaha akan diteruskan sehingga apa yang dihajati tercapai dengan jayanya.

-Sekarang berlangsung Mesyurat agung Tahunan BKPJM di Rumah Perak. Satu rekod sejarah bagi kedua2 BKAN. Seronok.melihat kerjasama yang dijalinkan diantara kita. Betapa ujian tidak mematahkan semangat anak2 Johor melangsungkan MAT walau terpaksa dilakukan di luar kawasan. Kezaliman ke atas mereka tidak dapat dimaafkan. Penzalim harus menerima hukuman yang setimpal daripada Allah. Alfu mabruk buat kalian.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Jumaat, 19 Oktober 2012

Insomnia Melanda Diri

Azan subuh sedang berkumandang. Maknanya waktu subuh di pagi jumaat yang mulia ini sudahpun masuk. Jumaat yang penuh cahaya keindahan bagi sesiapa yang mengindahkannya. Jumaat yang digelar penghulu segala hari ini tidak patut disia-siakan begitu sahaja. Sepatutnya diisi dengan perkara2 bermanfaat dan mendatangkan pahala.

Saya dilanda Insomnia sejak seminggu yang lalu. Biarlah penat bagaimanapun, tetap tidak boleh lelapkan mata. Runsing juga dengan keadaan begini, memandangkan tidur adalah perkara yang penting dalam hidup. Tidak tidur malam bermakna saya akan tidur di siang hari. Satu kerugian yang besar. Pasti masa yang lebih lama akan diambil. Itu semestinya.

Minggu hadapan Aidiladha akan menjelma, sekejap sahaja masa berlalu. Rasanya baru semalam menyambut Aidilfitri. Besarnya erti pengorbanan jika hendak dihayati.

Tajuk dan isi khutbah hari ini akan saya kongsikan nanti.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Menghadiri Dialog Bersama Ustaz Ubaidillah Alias a.k.a Ustaz Cinta.

Alhamdulillah...seperti dirancang, saya ke Dialog Bersama Ustaz Ubaidillah Alias di Wisma Perak anjuran KELAP PMRAM. Saya bersyukur atas rezeki ilmu yang diberikan Allah ini. Bukan semua orang yang Allah pilih. Kehadiran adalah kalangan yang terpilih daei cawangan masing-masing. Seperti biasa saya menjadi wakil pelajar Perak bersama dua sahabat yang lain. Bahagianya berada di program seperti ini.

Banyak soalan yang ditanyakan kepada ustaz. Macam biasa soalan-soalan cliche pasti keluar. Apa-apapun ustaz telah menjawab dengan baik sekali. Saya juga ada bertanyakan dua soalan kepada ustaz. Iaitu tentang penerbitan di Malaysia dan Teknik Surah Yusuf. Juga ustaz jawab dengan baik sekali.

Saya suka cara berbicara ustaz yang begitu tersusun. Perwatakannya juga lembut. Seperti kata beliau, penulis ini selalunya berhati lembut. Ada benarnya kata-kata beliau. Saya telah berpeluang bersama beberapa penulis sepanjang di Mesir ini dan mereka semua hampir sama. Mempunyai pertuturan yang sangat tersusun dan lembut. Mungkin inilah rahsia terpenting seorang penulis. Saya masih jauh untuk bersikap demikian. Muhasabah untuk diri.

Antara peekataan yang sering ustaz sebut adalah CINTA. Tidak ada yang pelik, kerana pastinya Ustaz Ubaidillah memang digelar Ustaz Cinta. Kata beliau cintalah yang menghasilkan ilham dan inspirasi. Tanpa CINTA ilham pasti segan untuk keluar dan tidak nungkin akan menghasilkan karya yang terbaik. Saya tidak pernah terfikir berkenaan soal ini. Bagi saya ilham adalah ilham. Tiada kaitan dengan yang lain kecuali idea. Rupanya ia brsangkutan dengan perasaan dan soal hati. Ilmu baru yang sangat berguna. Saya akan belajar untuk lebih mencintai. Insya'Allah.

Antara lain tips yang diberikan oleh Ustaz ialah, antara prkara yang boleh mencernakan idea yang baik ialah, dengan bangun subuh awal dan tidak meninggalkan solat dhuha. Juga satu perkara yang saya tidak sangka, betapa idea itu sesuatu yang rapat dengan perkara positif. Kata ustaz, waktu pagi adalah waktu yang paling baik untuk menulis kerana di awal pagi otak masih segar sekaligus dapat menarik idea dengan lebih baik dan cepat.

Banyak lagi tips yang ustaz kongsikan. Ternyata banyak ilmu baru yang saya dapat. Sekaligus menjadikan Ustaz Ubaidillah sebagai mentor menulis saya yang seterusnya. Sempat juga saya bergambar dengan beliau di akhir program. Doakan saya juga hebat seperti beliau atau lebih baik.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Khamis, 18 Oktober 2012

Akan Bersama Ustaz Cinta

Hari ini(khamis) saya akan bersama dengan Ustaz Ubaidillah a.k.a Ustaz Cinta. Seoranv penulis novel. Novel beliau yang meletup ialah 'Warkah Cinta seharum syurga'. kami akan bersama dalam satu program tertutup bersama beliau.

Beliau ke Mesir dalam proses pembikinan filen Warkah Cinta yang diadaptasi daripada novel beliau. Bersama-sama beliau ialah Heliza Helmi dan beberapa orang yang lain.

Saya sangat teruja dengan program ini. Semoga memberi semangat kepada saya untuk meneruskan penulisan manuskrip yang tertangguh. Saya akan laporkan tentang program ini esok, InsyaAllah.

Published with Blogger-droid v2.0.6