Alhamdulillah, karya aku telah dipilih sebagai pemenang tempat pertama dalam pertandingan penulisan kreatif sempena Konvensyen DPM kali ke-4. Kemenangan ini tidak pernah aku jangkakan dan tidak terfikir pun. Tapi sudah terpilih tu Alhamdulillah, ia sebagai penaik semangat untuk berkarya lagi.. Ini karya yang dimaksudkan:
SAJAK:
MEMORI ABADI
Dimuatkan dalam buku Konvensyen |
Kisah
semalam,
Indah
disulam duka
Sebuah
memori abadi
Mengasak
rasa hati
Mengenangnya
kembali.
80
tahun kisah berlalu,
Usia
tua sebuah ikatan
Berdiri
teguh
Berdiri
kukuh
Berdiri
utuh
Memanyungi
sang musafir
Si pencari
ilmu.
Mehnah
itu hiasan,
Ujian
itu cinta
Kejayaan
itu bahagia
Tidak
jemu diulang cerita.
Hari
ini kita berdiri,
Di
lembah penuh memori
Lahirnya
sebuah panji
Membawa
risalah suci
Amanah
dari Ilahi.
PMRAM,
Seindah
namanya
Terukir
di tiap bibir
Meniti
zaman panjang
Kegemilangan
yang gemerlapan
Tak
pernah padam
Tak
pernah hilang
Tak
pernah renggang
Sebagai
memori abadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan