Jumaat, 1 April 2011
Mesir Pasca Revolusi
Alhamdulillah…kita masih diberikan peluang oleh Allah untuk bernafas lagi. Satu pinjaman yang Allah akan ambil jua nanti. Nikmat kehidupan sering dilupakan oleh kita selaku manusia. Lantas, terlalu mudah untuk melakukan dosa sewenangnya. Syukur, Allah itu maha pengampun dan pengasih. Rahmat dan pengampunannya melebihi dosa-dosa manusia itu sendiri. Selagi ada masa, mari kita semua kembali kepada-Nya dengan melakukan taubat kepada-Nya dan melakukan segala perkara mengikut landasan-Nya. Allah terlalu merindukan rintihan hamba-hamba-Nya yang ikhlas.
Aku sudah hampir dua minggu di bumi revolusi ini. Setelah kembali pada 21 mac yang lalu. Sepanjang pemerhatian aku, mesir betul-betul telah terevolusi walaupun bukan sepenuhnya. Aku tidaklah sudah mengembara ke seluruh Mesir selepas kepulanganku, tetapi dengan pengalaman cetekku, itulah yang telah terjadi. Dari amatan rakan-rakan begitu juga. Rakyat Mesir telah merevolusikan diri mereka sedikit demi sedikit. Antara revolusi yang paling cantik mereka lakukan adalah memastikan Bandar mereka dalam keadaan yang bersih berbandiing dulu. Jika dulu, sepanjang jalan dan lorong adalah tong sampah, ia tidak berlaku hari ini. Hari ini, mereka lebih menghargai Bandar mereka membesar ini. ‘Kebersihan itu separuh dari iman’ telah mereka praktikkan. Bukankah itu cantik dipandang. Aku tumpang kagum dengan semangat mereka.
Ada juga yang mengatakan rakyat Mesir makin ramah berbanding dulu. Aku belum lagi dapat membezakannya. Tetapi mungkin juga betul pengamatan itu. Dulu mereka hidup dalam strees yang melampau akibat tekanan hidup dan kerajaan yang zalim, tetapi kini tidak lagi. Mungkin itu sebabnya mereka semakin baik. Hon pun tidak dibunyikan sesuka hati lagi walau masih ada bunyinya. Tetapi tidaklah sehebat dulu yang membingitkan telinga. Situasi ini sangat-sangat berbeza sekali berbanding dulu. Mereka betul-betul mahukan ini sejak dulu. Tetapi mereka takut ntuk membicarakannya. Dulu, perbualan politik sangat-sangat dilarang, tambahan bagi aku sebagai warga asing ini. SB atau mata-matanya ada di mana-mana. Tersilap langkah memang buruk padahnya. Tetapi kini, tidak lagi bagi mereka. Bagi kami mungkin masih tidak perlu. Bukan takut, tetapi berjaga-jaga sebelum terkena.
Teringin sungguh aku berjalan-jalan ke seluruh pelusuk Mesir. Ingin juga aku melihat sendiri Medan Tahrir yang menjadi tempat penting revolusi ini. Tapi masanya belum sampai lagi, akan datang pasti aku ke situ juga. Ingin melihat sendiri medan Tahrir pasca revolusi. Tidak siapa sangka, tempat aku mengambil angin malam itu menjadi tapak revolusi yang sangat hebat. Sekaligus menjadi tempat yang disebut-sebut di seluruh dunia. Tapak itu juga menyaksikan beberapa insan syahid mempertahankan Negara. Fatwa Dr. Yusof al-Qordawi cukup-cukup memberi kesan kepada pemuda Mesir. Ulama’ seperti inilah yang umat Islam perlukan. Ulama’ temporary yang berjiwa haraki. Aku adalah salah seorang pengagum beliau.
Apa yang berlaku di Mesir patut menjadi renungan dan kegerunan kepada pemimpin di seluruh dunia. Rakyat bukan mahukan lebih dari sebuah keadilan dan ketelusan. Mereka mudah menipu rakyat. Tetapi rakyat bukan pekak dan buta. Jangan anggap rakyat tidak mengira setiap sen wang Negara. Jika demokrasi bukan lagi jalannya, jalanraya lah yang paling layak menghukum mereka yang rakus ini. Selepas Tunisia dan Mesir, kini telah bergelora angin revolusi di Bahrain, Oman, yaman, siria dan yang paling dasyat di Libya yang melibatkan tentera asing yang penuh konspirasi.
Bersyukurlah kepada Allah yang memberi rezeki, bukan kepada manusia yang hanya menjadi pengantaranya sahaja. Tanda terima kasih kepada Allah dengan menyembahnya. tanda berterima kasih kepada manusia, dengan membawanya menghampiri Allah. Bukan dengan mengagung-agungkan sumbangan mereka. Takbir!!!
Label:
Mesir
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan