Assalammualaikum w.b.t
Rakyat Malaysia bukan bodoh lagi untuk diperbodoh, sudah lbh 50 thn kerja2 membodohkan ini berjalan sehingga terlekatny kebodohan itu sebegitu lama.
rakyat jadi takut untuk bersuara kerana takutkan ancaman. suara2 kecil hanya kedengaran tipis2 di celahan kampung2.
Namun itu dulu, pemerintahan maha firaun telah tamat. rakyat sudah bangkit dari cengkaman dulu. cukup-cukuplah separuh abad diperkosa demokrasi dan kuasa rakyat.
rakyat kini telah bangkit. revolusi pemikiran telah bermula dan akan terus mengambil alih kuasa.
Bermula di depan2 bangunan, kini kejalan2 utama negara. kuala lumpur bukan lagi kota sunyi dari suara rakyat.
Walau apapun yang terjadi, walau ancaman ISA ditakut-takutkan, rakyat xkan mundur walau selangkah.
Semoga panorama ini berterusan dan berkekalan. misi kt sdh hampir di sana. putrajaya pasti milik kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan