Hampir sebulan meninggalkan laman sepi ini. Akhirnya Allah kurniakan kekuatan kepada saya untuk menuturkan sedikit kata. Pelbagai perkara telah dilalui sepanjang hampir sebulan ini. Alhamdulillah, Allah masih panjangkan umur kita untuk meneruskan agenda penghambaan kepada Allah.
Saya telag ditimpa musibah demam baru-baru ini. Disertakan sekali selsema dan batuk yang teruk. Perit rasa diri menanggungnya walau hanya demam biasa. Tetapi Alhamdulillah, semuanya kini sudah kembali normal kecuali batuk yang masih berbaki.
Exam semakin mendekat, rata-rata dalam persediaan menghadapinya. Kini musim membuka kitab sudah kembali. Biasalah, exam selalunya mengajar erti berusaha. Siapa yang berusaha, dia pasti dapat. Itu adatnya, namun jika Allah tidak mengizinkan kejayaan, usaha bagaimanapun pasti tidak akan berjaya. Kerana kejayaan itu sifatnya subjektif, tiada terikat dengan sebarang sijil. Tidak pula kerana pandangan manusia. Bagi saya, kejayaan adalah ukuran Allah. Hanya Allah yang berhak menilai kejayaan seseorang. Tugas kita, mencarinya.
Kesempatan ini, saya meminta jasa kawan-kawan untuk mendoakan saya. Itulah senjata paling ampuh yang kita ada. Moga-moga doa kalian yang didengari Allah. Itulah harapannya. Buat kalian saya juga mendoakan yang sebaiknya. Allah di samping kita.
Published with Blogger-droid v2.0.6