Jumaat, 21 September 2012

Jumaat Kemarahan Umat Islam

Jumaat datang lagi. Jika dulu setiap jumaat saya akan menulis di sini. Sekarang jarang sekali. Harap-harapnya inilah pemula untuk saya terus berkarya di sini paling kurang setiap jumaat.

Sekali lagi Nabi SAW yang mulia dihina. Kali ini dengan penghinaan yang lebih dahsyat. Watak Nabi dilakonkan dengan perwatakan yang sangat jijik. Saya melihat sendiri trailernya di utube. Sangat menguji kesabaran bagi yang mempunyai cinta kepada Nabi SAW.

Nabi digambarkan sebagai seorang yang gila seks, pembunuh, pembohong dan sebagainya. Nama Allah dan al-quran juga disebut dan dipermainkan. Laknat Allah bagi mereka.

Cerita ini dibuat oleh seorang pelampau Yahudi bernama Sam Barcile yang ditanggung kos pembikinannya oleh kerajaan haram Zionis sendiri sebanyak 5 juta USD. Nampak permainan mereka?

Anda marah?Pastikan anda marah, kerana mereka yang tidak marah pasti ada sesuatu yang tidak kena pada hati mereka.

Hari ini demo besar-besaran dilakukan di tanah air tercinta bagi meluahkan kemarahan kepada pembikin filem laknat ini. Ada yang lakukan kerana politik, ada yang buat kerana ikhlas lillahi taala.terpulanglah kepada niat masing-masing. ALLAH yang layak menilainya.

Jangan berdemo bagai, tetapi solat tetap tinggal seperti biasa. Hukum Allah ditolak mentah-mentah. Dihina pula sistem pentadbiran yang Allah susun. Ulama' dicaci maki. Itu Allah lebih marah dan dibenci Nabi.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Sabtu, 8 September 2012

Bila Saya Akan Mula Menulis Buku?

Bilalah saya akan menjadi seorang penulis buku. Itulah yang bermain di minda saya. Cita-cita ini dah lama saya tanamkan dalam hati. Entah bila akan terlaksana.

Semangat yang menjadi masalah utama. Bila saya bersemangat, cepat sahaja otak memikirkan tentang ini. Namun bila semangat mula hilang, saya pun mula malas untuk memikirkan tentang buku. Saya selesa dengan cara sekarang, akibatnya cita-cita yang satu ini tak pernah tercapai. Lapuk dimakan usia.

Saya bertekad, selepas post ini langkah akan diatur untuk penulisan buku. Isunya nak tulis apa? Novel? Ilmiah? Agama? Motivasi? Semua saya berminat dan insya'Allah akan cuba menguasai.

Kawan-kawan ada pandangan untuk saya?

Published with Blogger-droid v2.0.6

Rabu, 5 September 2012

Ustaz Hanif YDP terr..

Aidilfitri sudah lama berlalu..kini menunggu masa untuk syawal pergi. Saya pula masih gagal menghabiskan baki puasa 6 yang baru sehari. Lemahnya iman saya, sukar untuk menawan nafsu yang sentiasa 'lapar'.

Nama calon kepimpinan baru KPIPM sudahpun keluar,maknanya kepimpinan sekarang akan melabuhkan tirai. Cepatnya masa berlalu. Rasa seperti baru sahaja bersama kepimpinan 2011/2012. Apa2 pun tahniah dan takziah dari saya untuk semua terutama buat YDP baru Ustaz Hanif Abdullah. Dulu sebilik dengan saya. Orangnya tegas dan penuh disiplin. Sangat sesuai sebagai YDP memandangkan KPIPM bakal menerima cabaran yang lebih hebat pada masa akan datang.

Gembira juga saya bila melihat gambar dua orang anak usrah saya terpampang sebagai calon AJKT. Bukan saya yang berjaya mendidik, tetapi mereka yang berani menerima taklifan. Apalah sangat usaha saya, jika bukan mereka sendiri yang berani mencuba.

Saya doakan KPIPM terus padu dan maju di bawah kepimpinan Ustaz Hanif. Semoga Allah membantu kalian. Sirru ala barakatillah.

Published with Blogger-droid v2.0.6