Isnin, 30 April 2012

BERSIH 3.0

Subhanallah..ramainya manusia
BERSIH 3.0 baru saja berlalu dengan kejayaan yang membanggakan. Ramai anak muda turun menyatakan sokongan kepada Pilhanraya yang bersih dan adil. Syabas anak muda.

Sejarah tercipta apabila hampir 500 ribu turun di jalan-jalan Kuala Lumpur tidak kira dari agama, bangsa apapun dan juga melibatkan semua peringkat umur.

Tidak ketinggalan anak-anak Malaysia yang berada di luar Malaysia seperti negara-negara timur tengah dan eropah, turut turun menyatakan sokongan.

Di Mesir juga tidak ketinggalan walau diugut oleh pihak kedutaan. Tetapi aku tidak menyertainya. Tiba-tiba gambar keluar, Menakjubkan. Syabas buat yang menyertai.

Aku hanya mampu berbaju kuning di hari tersebut sebagai sokongan kepada perjuangan anak muda di Malaysia. semoga usaha aku yang sedikit ini dapat melepaskan diri aku dari tergolong dalam golongan yang bersama-sama orang yang zalim menindas rakyat.

Gambar dan video menjadi saksi betapa kejamnya polis mengendalikan demonstran yang tidak bersenjata. aku jadi geram dan marah dengan polis walaupun yang melakukannya hanya segelintir.siapakah yang patut bertanggungjawab?

Syabas sekali lagi. 4.0 menanti jika 8 tuntutan tidak dilaksanakan segera.

Selasa, 24 April 2012

Semangat Anak Muda

lawan tetap lawan
Saat ini, anak muda betul-betul dicabar rasa marah. sudahlah hak mereka banyak dinafikan, datang pula hentaman yang kuat dari orang yang diberikan kuasa.

Lupakah orang yang berkuasa dengan kuasa anak muda yang bergelar mahasiswa ini. Sejarah adalah rakaman terbaik jika hendak memutarkan kembali kegemilangan kebangkitan mahasiswa di seluruh dunia.

Tendangan, tumbukan dan kurungan bukanlah senjata yang boleh mematikan semangat anak muda sebaliknya boleh menjadi senjata makan tuan kepada si penguasa yang kejam. Walau mereka dibunuh dengan senjata, dikurung bertahun-tahun, namun semangat mereka tidak mati.

Penafian zakat, PTPTN yang membebankan, hak bersuara yang dinafikan, ini adalah pembunuh yang akan membidik dengan tepat kepala si penguasa yang cuba mempermainkan anak muda.

Pilihanraya adalah jalan terbaik untuk anak muda melakukan perubahan. Pastinya kumpulan yang membawa gagasan anak muda akan dipilih sebagai kerajaan dan kempulan yang banyak menyusahkan akan ditolak serta merta.

Anak muda kini seperti kembali ke zaman kegemilangannya. Tidak mudah dibodohkan dan dipergula-gulakan dengan kesenangan yang menipu. Hak adalah hak, tiada siapa yang boleh menafikannya.

Jangan main dengan semangat anak muda. Sekali mereka mara, berundur pantang sekali.

Ahad, 22 April 2012

Zaman Blog Sudah Berlalu?

Ada orang kata zaman blog sudah berlalu. Betul ke? Apa pandangan korang?

Kenapa berlalu? pastinya kerana si mukabuku aka facebook. entah la, bila dilihat balik, ada kebenarannya. tapi, ada juga salahnya.

Apa-apapun, berbalik pada niat masing-masing masa nak bukak fb dan blog tu. bagi aku, dua-dua penting sebagai wasilah dakwah masa kini. tak ada masalah kot.

Any way, just follow teknologi yang ada zaman sekarang ni. Jangan sampai orang kata kita ni ketinggalan zaman dah la. Paling kurang pun ada la fb peribadi tu. penting untuk penyebaran maklumat dan dakwah.

payahlah kalau kita tak mau ambik sume ni dengan alasan semua ni dicipta yahudi. Mana tau dicipta yahudi? kot-kot la Islam yang cipta, tetapi yahudi yang curi. Mana la kita tau kan. Macam ilmu-ilmu yang lain jugak.

Aku ada kedua-duanya, korang bila lagi?

Take Noted!!!

Rabu, 18 April 2012

BERSIH 3.0 Mesir Dibatalkan: Masih Boleh Raikan Cara Tersendiri.



BERSIH 3.0 di Mesir batal? Siapa kata batal? Bagi aku ia tidak batal dan masih terus berjalan. Masakan tidak, bersih 3.0 bukan hari ini, tetapi 28.4.2012 nanti. Jangan kita terpedaya dengan permainan mereka.

Namun kekesalan tetap berlaku. Kerana mereka menghalang kita melakukan sesuatu yang baru. SUARA telah merancang melaksanakan BERSIH 3.0 dengan cara baru, futsal, solat, tazkirah dan pulang. Ringkas, namun sangat menggerunkan mereka.
Aku kesal dengan mereka yang mengaitkan Al-Azhar dalam hal ini. Aku sangat kesal. Bagi aku, apapun kenyataan yang keluar dari mulut Syeikh Al-Azhar, itu bukan pandangannya sendiri. Pasti ada tangan dan mulut yang cuba mempengaruhi Syeikh.

Aku sebagai anak Malaysia berhak untuk menentukan hala tuju Negara aku sendiri. Kenapa perlu menghalang pembersihan system demokrasi yang telah lama diamalkan di Malaysia?

Ini bukan isu politik. Ini isu pembersihan system. Tidak kira apa parti sekalipun, pembersihan ini perlu disokong dan didokong. Biarlah siapapun yang menang atau kalah, yang penting menang dan kalah dalam permainan yang ‘fair play’.

Orang yang menghalang pembersihan ini adalah orang yang sangat kotor. Walaupun di sisi manusia dia berpangkat mulia, namun pada pandangan aku dari bangku seorang mahasiswa, dia adalah kotor dan hina.

Mana bukti kami berpolitik melalui BERSIH? Tunjukkan bendera parti yang kami naikkan semasa BERSIH 2.0 yang lalu? Tiada, tiada dan tiada. Orang ini penipu besar. Berbohong kepada Syeikh al-Azhar dan menyebabkan  seorang bakal mufti dibuang pengajiannya tanpa sebab dan bukti yang kukuh.

Sesungguhnya kerja-kerja menghalang penuntut ilmu ii adalah kerja yang hina dan tidak dapat dimaafkan dunia akhirat. Siapa yang sanggup memaafkan penipuan dan fitnah yang dahsyat ini?

Apapun halangan yang diberikan, kita perlu meneruskan perjuangan ini. Perjuangan ini jelas dengan matlamat yang jelas.

Mana yang takut berpolitik, usah takut, ini bukan isu berpolitik. Ini isu ketakutan mereka kepada kebangkitan anak muda. Dunia membuktikan zaman ini milik anak muda yang berjuang.

Walau jasad BERSIH 3.0 telah dihalang, namun rohnya masih bernyawa di dalam diri setiap kita yang cintakan keadilan.

Kita bukan generasi penakut. Dunia ini bukan untuk orang yang penakut. Apabila dihalang, kita ada cara lain untuk mengalirkan roh perjuangan ini

Kita masih boleh raikannya dengan cara tersendiri, kuningkan suasana dengan cara masing-masing. Ada baju kuning, pakailah untuk keadilan. ada peralatan lain yang berwarna kuning, gunakanlah untuk sokongan kepada keadilan. lakukanlah!!

Aku menulis bukan sebagai ahli mana-mana parti politik, tetapi sebagai seorang anak muda yang cintakan keadilan. Biar terkorban, asal tidak mengorbankan prinsip dan jati diri.

Dunia ini milik anak muda yang cintakan keadilan. Berani sifat yang mulia dan dituntut agama. Mari bersama kami. Raikan BERSIH 3.0.

Jumaat, 13 April 2012

Permulaan cita-cita yang tertangguh

Perjalanan beribu batu, bermula dari langkah pertama
Salam hari jumaat yang indah!

Mulai hari ini Insya'Allah, diri yang kerdil ini akan menulis cerpan(cerita panjang) secara bersiri. tajuk belum diketahui namun jalan ceritanya sudah berlegar-legar difikiran. Full Islamic Insya'Allah.

Ini sebagai satu permulaan kepada sebuah cita-cita yang tertangguh. Doakan semoga diri ini dipermudahkan. Imtihan dah nak dekat, namun masa akan dibahagikan mengikut aturan keutamaannya.

Apa-apapun, tunggu siri yang pertama, kalau tak ada apa halangan, hari ini akan keluar sempena hari jumaat yang mulia ini. Semoga aku dilorongi idea yang tiada lain hanya berniatkan dakwah yang suci.

laman baru telah diwujudkan iaitu: faifaiful.blogspot.com ..Sila singgah teman2.

Take Noted!!

Selasa, 10 April 2012

Entah Bila Lagi.


Melihat ramainya penulis lahir di bumi aliran Nil ni aku jadi cemburu. Cemburu kerana aku juga bercita-cita menjadi seorang penulis seperti mereka. Namun, aku hanya di takuk lama. Menulis sekadar suka-suka dan kadang-kadang.

Tahun ni saja, tiga kursus penulisan aku sertai. Namun, bila balik aku tetap seperti dulu.. Cita-cita aku ada, namun usaha aku kosong.

Rasanya, tibalah masa aku menukar rentak penulisanku. Dari menulis suka-suka, kepada suka menulis. Mampukah aku?

Mampu atau tidak bergantung kepada sedaya upaya usahaku. Tekad akan cuba aku pancang demi gemerlapan sebuah impian. mungkinkah 2012 menjadi titik pemulaan? akan aku pastikan itu.

Terima kasih Allah atas kesedaran ini. Akan aku buktikan kepada diriku sendiri. Hari ini lebih baik dari semalam.

Take Noted!!