Rabu, 28 Mac 2012

Nota Kuliah

Assalamualaikum..

Apa khabar semua pembaca? cewah..macam la banyak sangat pembaca. ada kot sorang dua yang sudi. apa-apapun terima kasih

Alhamdulillah, Allah masih mengizinkan aku hidup di bawah naunganNya di bumi anbiya'. kuliah sudah mula, maka berbondong-bondonglah mengejar bas dan tremco memenuhkan kuliah masing-masing. Syabas dan tahniah buat yang pergi.

Take note! 

Isnin, 19 Mac 2012

Akukah Pejuang Itu?

Perjuangan, ramai orang membicarakan soal perjuangan. Masing-masing berkata "akulah pejuang sebenar', 'kamilah pembawa kebenaran', Namun siapakah sebenarnya pejuang itu?

Kamu, aku, dia atau mereka? tepuk dada, tanya iman. Iman membezakan nilai seorang pejuang. Andai pejuangannya kerana dunia, sekatat itu sahajalah nilainya. Jika perjuangannya kerana Allah, maka tinggilah nilai perjuangnya itu.

Di dalam al-Quran banyak disebutkan tentang ciri-ciri seorang pejuang dan kumpulan yang sepatutnya digelar pembawa kebenaran. Terlalu banyak tuan-tuan. maka, bertadaburlah dengan iman dan taqwa.  

Take Noted!!

Sabtu, 17 Mac 2012

Entah!!

Bulan mac sudah sampai ke angka 17. sungguh cepat masa berlalu meninggalkan aku dan cita-cita. Betapa masa ini perlu dikejar dan diekori, bukan membiarkan ianya pergi tanpa diikuti dengan perkara yang membawa faedah.
Segak bertarbus merah

Muktamar PMRAM kali kali ke-79 sudah 3 hari berlalu. Aku seperti biasa menjadi perwakilan entah buat kali yang keberapa. sangat senior dalam hal-hal seorang perwakilan, namun sebagai seorang yang berhujah, bukan aku orangnya. Masih janggal dan pemalu.

Apa-apapun tahniah kepada pengendali PMRAM 2011, dan takziah buat peneraju PMRAM 2012. Kalian pasti yang terbaik, sebab itu dipilih ALLAH untuk menerajui persatuan yang begitu tua ini.

Persatuan ini mesti dipertahankan demi sebuah dakwah Islam yang syumul. amat malang bagi sesiapa yang menolak persatuan ini atas dasar kebencian dan nafsu. apa nak dibenci? apa nak disakiti? apa nak diharami? ada ke?

Take Noted!!!! 

Selasa, 13 Mac 2012

Monolog Seorang Perindu

Rahmat Allah amat luas
Hari berganti hari, bulan berganti bulan dan tahun juga berlalu pergi. Aku masih di sini mencari redha Ilahi di bawah langit bumi para nabi. Bertahun lamanya aku menyemai benih ilmu, aku masih penuh kekurangan.

Kawan-kawan sudah ramai menghambat pergi, aku tetap di sini. Betapa ujian ini bukan mudah ditelan, namun sukar dibuang jauh kerna ia dari tuhan Yang Maha Tahu. Mungkin ada hikmah tersembunyi, gertak hati kecil menenangkan jiwa.

Membelek gambar kawan-kawan mewnambahkan duka di hati. Betapa aku ketinggalan jauh berbanding mereka. Ada yang punyai cahaya hati, tidak kurang yang dikurnia cahaya mata. Aku? masih di sini mencari erti hidup berTuhan.

Namun, apa dikisah dengan cerita orang lain, aku tetap aku walau apa yang menimpa. Ujian dari Tuhan tidak sama bagi setiap makhluk-Nya. Tanda inilah yang membuktikan Allah maha hebat serba serbi.

Apa pun yang berlaku, hidup mesti diteruskan dengan seadanya. mencipta sejarah bukan mudah, ianya perlukan pengorbanan yang tinggi dan tekad yang teguh. Semoga impianku mencipta sejarah tercapai. C U D lain kali.

Ahad, 4 Mac 2012

Karya terpilih, syukur

Alhamdulillah, karya aku telah dipilih sebagai pemenang tempat pertama dalam pertandingan penulisan kreatif sempena Konvensyen DPM kali ke-4.  Kemenangan ini tidak pernah aku jangkakan dan tidak terfikir pun. Tapi sudah terpilih tu Alhamdulillah, ia sebagai penaik semangat untuk berkarya lagi.. Ini karya yang dimaksudkan:

SAJAK: MEMORI ABADI
Dimuatkan dalam buku Konvensyen

Kisah semalam,
Indah disulam duka
Sebuah memori abadi
Mengasak rasa hati
Mengenangnya kembali.

80 tahun kisah berlalu,
Usia tua sebuah ikatan
Berdiri teguh
Berdiri kukuh
Berdiri utuh
Memanyungi sang musafir
Si pencari ilmu.

Mehnah itu hiasan,
Ujian itu cinta
Kejayaan itu bahagia
Tidak jemu diulang cerita.

Hari ini kita berdiri,
Di lembah penuh memori
Lahirnya sebuah panji
Membawa risalah suci
Amanah dari Ilahi.

PMRAM,
Seindah namanya
Terukir di tiap bibir
Meniti zaman panjang
Kegemilangan yang gemerlapan
Tak pernah padam
Tak pernah hilang
Tak pernah renggang
Sebagai memori abadi.