Selasa, 31 Januari 2012

Terbalik!

Tuan Imran bin Azmi
Semalam aku menyertai kursus penulisan bersama PTS anjuran KELAP PMRAM. Best, banyak info yang aku dapat. Siap tak cukup lagi.

Penyampainya Ustaz Imran Azmi. mantap. Makin bersemangat aku nak menulis. Tapi semangat je la. Hasilnya, doa-doa lah.

Sekarang sibuk dengan daurah di Rumah Perak, Alhamdulillah ramai yang ikut. Dan paling ramai aku tengok pelajar-pelajar perubatan. Sangat kagum dengan semangat mereka. Mengalahkan ustaz-ustaz yang sepatutnya lebih teruja dengan majlis seperti ini. Terbalik!

Khusnul zhon saja, mungkin ustaz-ustaz sibuk dengan hal lain. teruskan bersemangat wahai penuntut ilmu, kuliah mana asal kita bukan alasan untuk tidak hadir. Aku tengok mereka, aku pulak yang naik semangat nak mengaji. Sepatutnya mereka yang semangat tengok aku. Terbalik!

Khamis, 26 Januari 2012

Cuti Bermula!

Alhamdulillah, kesyukuran dipanjatkan atas pemilik alam kerana membenarkan diri ini menghabiskan peperiksaan semester pertama yang berakhir 24 januari yang lalu. Segala usaha dan titik peluh telah dicurahkan ke atas kertas jawapan. Hanya Allah penentu segalanya.

Bulan februari pastinya akan menjadi bulan yang sibuk dengan pelbagai aktiviti persatuan. Pasti join!!

Aku juga bakal menyertai beberapa bengkel penulisan. Alhamdulillah, bagai bulan jatuh ke riba. Memang berharap sangat dapat menyertai bengkel-bengkel sebegini. Sudah lama aku idamkan. Yang pertama aku sertai pada 24 Januari yang lalu. Balik saja dari peperiksaan, terus saja aku menuju ke tapak program di Rumah Kedah. Pengisian oleh Cikgu Abu Hassan Morad dari syarikat Galeri Ilmu. Yang juga merupakan penulis novel Julia yang menjadi sukatan Bahasa Melayu SPM.

Walaupun hanya sempat bersamanya sejam, tetapi memadai untuk aku menuai benih minat dan keazaman. Insya’Allah. Semoga keazaman aku terus kuat dan kukuh dipersada hati.
Mulai dari sekarang, Insya’Allah blog ini akan diaktifkan semampu mungkin.

Ahad, 22 Januari 2012

Mengisi Masa Lapang

Kertas peperiksaan hanya tinggal semadah sahaja lagi. maknanya selepas ini aku akan bercuti hampir panjang dari pengajian universiti. Maknanya juga aku perlu merancang sesuatu untuk mengisi masa yang terluang dan terhidang. Apa ya?

Ada yang mengajak aku ke sana ke mari menghabiskan duit. Tapi aku seolah tidak berminat untuk meluaskan langkah meninggalkan kota kaherah. Entah apa yang bersarang difikiran aku pun tak tau. Hanya Insya’Allah yang aku ucapkan.

Aku sebenarnya ada projek untuk disiapkan. Projek pertama dalam hidup pulak tu. Suspen! Projek tak sampai juta-juta pun, malah tak berkaitan duit. Tetapi hanya sekadar sebuah cita-cita yang terbuku di hati.

Baru-baru ni aku ada menghantar penyertaan kisah motivasi kepada Tuan Zahiruddin Zabidi-Editor PTS. Dalam kesibukan menghadam kitab, sempat jugak aku membuka Mic Soft Word untuk mencabar diri. Oh ya, penyertaan tu untuk dimasukkan ke dalam blog khas yang diberi nama ‘SETEGUK INSPIRASI SEULAS MOTIVASI’. Blog ini diwujudkan untuk mengumpulkan kisah motivasi dari sesiapapun. Hebat bukan? Blog ini boleh dicapai melalui http://kongsikisahmotivasi.blogspot.com.

Karya aku telah terpilih dan disiarkan, korang bila lagi? sila-silalah menghantar penyertaan, jangan malu-malu sangatlah.

Selasa, 17 Januari 2012

Lamanya tak up-date!!

Assalamulaikum..
Alhamdulillah, akhirnya terbuka juga hati aku untuk menulis kembali di blog yang yang semakin sepi ini. Rasanya sudah 2 bulan aku tidak mencoretkan sesuatu di sini. Semuanya atas alasan kemalasan yang menguasai jiwa.

Post yang terakhir aku coretkan di bumi Malaysia. Dan kini aku berada di bumi kinanah untuk menyambung kembali pengajian. Aku kembali ke Mesir tanggal 31 Disember yang lalu setelah bercuti hampir 4 bulan.lama tak? Mestilah lama. Orang lain buat 2-3 bulan saja. Tapi aku buat 4 bulan. Hebat!!!

Kini, aku berada di bumi kinanah yang menjanjikan seribu satu ujian yang tidak pernah jemu datang. Setiap ujian itu datang dari Allah, maka cara itulah cara Allah melihat keikhlasan dan kesabaran hamba-hambanya. Maka dengan itu aku kini diuji dalam peperiksaan semester pertama tahun tiga. Baru-baru ni di Malaysia akju sudahpun di’WARNING’ oleh seluruh ahli keluarga aku. Katakana tidak kepada ‘KEGAGALAN’. Berat mata mereka yang memandang, berat lagi bahu aku yang memikul ini. Akanku laksanakan janji-janjiku itu wahai ahli keluargaku sekalian.

Aku menulis ni menggunakan kaedah KJ Method, minta maaf la kalau isunya tunggang langgang. Apa yang aku terfikirkan masa aku menulis ni, aku taipkan saja..kalau kome nak tau apa itu KJ Method, sila-silalah Tanya encik GOOGLE yer.sekian.

Ok lah, cukup setakat ni kot buat masa ni. Ada masa aku tulis lagi, buku memanggil-manggil untuk dihadam. Doakan aku BERJAYA sahabat-sahabat sekalian. Aku juga dambakan kejayaan seperti orang lain. Aku tahu, Allah mempunyai rahsia hebat di sebalik kegagalan ini. Aku bersangka baik dengan Pencipta aku. Jika Dia boleh mencipta aku seadanya ini, kenapa tidak Dia yang mengaturkan perjalanan hidup aku. Akhir kata, HANCUR UMNO SELAMANYA!!

[ A.B.U ]