Sabtu, 30 April 2011

PMRAM Masuk Harian Metro

Khamis, 28 April 2011

Obama dedah sijil lahir



WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama semalam mendedahkan sijil kelahirannya bagi menamatkan isu bahawa beliau bukan warga AS.

“Kami tidak mempunyai masa untuk kebodohan ini,” kata Obama menerusi ucapan yang disiarkan menerusi televisyen dari White House di sini.

Sebelum ini terdapat desas-desus bahawa beliau tidak dilahirkan di AS sehingga menyebabkan bilionair terkenal, Donald Trump menghantar para penyiasat ke Hawaii untuk mengesahkan kedudukan sebenar Obama.

Desas-desus itu juga menyebabkan ahli-ahli perwakilan di negeri Arizona mengundi rang undang-undang yang mahukan calon presiden menunjukkan bukti mereka lahir di AS.

Dalam sijil kelahiran yang didedahkan semalam, Obama dinyatakan dilahirkan oleh bapa keturunan Kenya dan ibu warga AS di Hawaii.

Tempat lahir Obama di Hawaii itu sekali gus menyebabkan beliau layak untuk memegang jawatan presiden AS berdasarkan perlembagaan negara ini.

Dokumen kelahiran Obama itu ditandatangani oleh seorang doktor yang menyambut kelahirannya di Hanolulu, Hawaii pada 4 Ogos 1961.

“Saya yakin, bahawa rakyat Amerika dan pemimpin politik Amerika boleh bersatu dalam apa jua cara dan menyelesaikan masalah ini,” kata Obama. – Agensi

Rasuah: Keadaan negara membimbangkan

Ismail Hashim
SHAH ALAM, 27 April: Negara kini berada dalam keadaan membimbangkan kerana berleluasanya salah laku rasuah yang tidak dapat dibendung lagi.

Keruntuhan itu tidak dapat dielakkan sekiranya kerajaan yang sedang mengamal dan membiarkan isu ini berlarutan, tidak ditukar dengan pakatan baru yang menolak rasuah.

AJK PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, sebagai contoh pengalaman di Rusia dan Filipina termasuk Arab yang dahulunya mempunyai tamadun sendiri selepas itu tumbang.

Ahli Parlimen Bukit Gantang itu berkata demikian ketika menjadi panelis Wacana Rasuah Pemusnah Tamadun di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf (KMK), dekat sini petang tadi.

Turut serta adalah Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed, Senator Ezam Mohd Nor dan Pengasas ESQ, Dr Ary Ginanjar dengan moderator dari Bernama TV, Zulkifli Bujang.

Bercakap lebih lanjut, Nizar berkata sewajarnya SPRM dan Peguam Negara tidak berada di bawah nasihat Perdana Menteri yang juga Presiden BN dan Umno.

Bagaimana mungkin, soalnya, mereka boleh menyiasat perkara yang menyentuh kepentingan yang melibatkan perdana menteri dan mereka yang terlibat.

Sebab itu, tegasnya, Pakatan Rakyat meminta selama ini agar semua agensi kerajaan seperti SPRM, Peguam Negara, Ketua Polis, Pengerusi Felda, Petronas dan sebagainya mestilah dilantik oleh dan diletakkan di bawah Parlimen.

Menjawab soalan sama ada PAS ingin meniru bentuk kebangkitan rakyat di negara luar yang melakukan demontrasi jalanan sehingga tertumbangnya pemerintah zalim, Nizar menidakkannya.

"Pakatan tidak pernah meminta rakyat untuk meniru kebangkitan rakyat sehingga jatuh beberapa negara terbabit kerana rasuah dan salah laku.

"Rakyat inginkan perubahan dalam hal-hal berkaitan rasuah, contohnya, kenapa hanya ikan bilis sahaja yang terkena siasatan dan hukuman sedangkan bagaimana dengan isu Khir Toyo dan Taib Mahmud," ujarnya.

Majlis beberapa kali terganggu dengan pekikan kuat dipercayai dilakukan kumpulan sorak yang dibawa oleh pihak tertentu dan membuat bising terutamanya ketika Nizar memberikan hujah mantapnya.

Ketika Dr Ary Ginanjar berkata, malangnya dalam suasana wacana itu, iblis dan syaitan juga turut serta, mereka tidak ingin agar rasuah itu dibanteras.

Sabtu, 23 April 2011

Wira revolusi Mesir antara 100 paling berpengaruh

DiCedok Dari; MyMetro
NEW YORK: Pengasas WikiLeaks, Julian Assange, Canselor Jerman, Angela Merkel dan bintang pop remaja, Justin Bieber adalah antara 100 orang paling berpengaruh di dunia.

Senarai tahunan yang dikeluarkan majalah Time itu semalam turut menyenaraikan Wael Ghonim, eksekutif Google berusia 30 tahun yang menjadi wira dalam revolusi Mesir.


“Wael Ghonim mewakili golongan muda yang menjadi sebahagian besar daripada penduduk Mesir,” menurut profile dalam majalah berkenaan.

Pengiktirafan juga diberikan kepada Hamada Ben Amor, penyanyi rap Tunisia yang lebih dikenali sebagai ‘El Jeneral.’ Lagunya, ‘Rais Lebled,’ (Tuan Presiden) membantu meningkatkan semangat rakyat Tunisia untuk memberontak sehingga menumbangkan Presiden Zine El Abidine Ben Ali yang memerintah negara itu selama 23 tahun. Saif al-Islam Kadhafi, yang berikrar untuk menumpaskan pemberontakan di Libya, turut tersenarai. - AP

Jumaat, 22 April 2011

'Isteri Ben Ali ejen Mossad'



DiCedok dari: Berita Hairan
ALGIERS: Pengawal peribadi bekas Presiden Tunisia, Zen El Abedeen Ben Ali mendakwa Ben Ali dan isteri, Laila El Trabolsi, adalah penyokong Israel dan Laila pula adalah ejen Mossad dan terbabit dalam pembunuhan beberapa pemimpin Palestin yang hidup dalam buangan di Tunisia.

Abdul Rahman Sobeir yang mendedahkan maklumat itu menerusi laman sosial Facebook, turut mendakwa pasangan itu dan menantu lelaki mereka, Selim Shaiboub, serta beberapa ketua keselamatan, terbabit dalam akitivi jenayah.

Menurut laporan akhbar Algeria, Al Shorouk, pada 1991 Laila mengarahkan dua ejen perkhidmatan perisikan Tunisia untuk membunuh seorang ahli perniagaan Tunisia yang juga rakan karib Ben Ali kerana membantah perkahwinan beliau.
"Menantu Ben Ali juga dalang di sebalik kematian kanak-kanak perempuan berusia empat tahun di Radeif pada 1992, tindakan yang sudah dibuktikan penyiasat keselamatan negara," kata Sobeir. - Agensi

Isnin, 18 April 2011

Keajaiban Kaabah Sebagai Pusat Bumi



Dicedok Dari: http://www.ikutsukaakuisa.co.cc/

Jelas, Kaabah bukan sekadar kiblat tetapi juga sebagai pusat tumpuan manusia dalam urusan dunia atau kehidupan. Contoh yang paling mudah sekali, tentu anda ada stesen televisyen berbayar iaitu Astro. Pastinya setiap Astro ada 'piring para bola' untuk menerima maklumat yang dipancarkan dari satelit. Untuk mendapatkan siaran yang jelas, piring itu akan dihalakan ke arah Kiblat atau Kaabah.

Kalau tidak percaya cuba tengok balik piring Astro di bumbung anda menghadap ke mana?

KENAPA BEGITU..???

Mudah saja jawapannya Mekah adalah pusat bumi. Sama ada percaya atau tidak jawapannya mudah ditemui semasa kali pertama Neil Armstrong menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969. Di dalam satu temu bual di stesen TV Al Majid, Arab Saudi, Dr. Abd Al-Baset Al-Sayyed dari pusat Penyelidikan Kebangsaan Mesir mengulas, angkawasan pertama itu telah membuktikan, Mekah adalah pusat bumi.

Katanya ia telah dibuktikan secara saintifik semasa Neil Armstrong di dalam perjalanan ke bulan. Ketika itu dia berjaya mengesan satu radiasi yang dipancarkan dari bumi. Radiasi itu di dalam gelombang pendek. Situasi itu sesuatu yang pelik dan mereka cuba mencari jawapan dan membuat penelitian. Akhirnya mereka berjaya mengesan bahawa radiasi itu dipancarkan dari Mekah atau secara tepatnya dari Kaabah.

"Yang paling mengejutkan radiasi itu bersifat infiniti (tidak berpenghujung). Apabila Armstrong menjejakkan kaki ke Marikh, radiasi itu masih boleh dikesan. Radiasi itu mempunyai sifat yang istimewa dan paling penting ia infiniti. Saya percaya inilah yang menghubungkan Kaabah di bumi dengan Kaabah di alam akhirat.

"Bayangkan anda berada di kutub utara dan saya berada di kutub selatan, di tengah-tengah adalah zon keseimbagan magnet atau zon magnetisme sifar dan itulah Mekah. Kalau hendak dibuktikan boleh bawa kompas ke Kaabah dan anda dapati jarum kompas itu tidak akan bergerak. Ini bermakna Kaabah adalah zon magnetisme sifar. Tarikan untuk ke dua-dua medan adalah sama kuat.

Hal sedemikian katanya, turut memberi kesan pada kesihatan dan umur seseorang. Sebab itulah orang yang tinggal di Mekah lebih sihat dan panjang umur. Tekanan graviti yang tertumpu di kawasan itu memberi kesan pada peredaran darah dan pergerakan biologi kehidupan.

"Ini telah dibuktikan bahawa ia boleh memberi kesan pada hemoglobin untuk membawa darah yang mengandungi oksigen ke seluruh tusi badan. Bermakna bila anda berada di Mekah, keupayaan darah untuk membawa oksigen ke seluruh tisu badan secara semula jadi jauh lebih baik berbanding tempat lain di dunia ini," jelasnya



Pelbagai bukti saintifik dari kajian para saintis juga telah membuktikan bahawa Kaabah berada di "Centre of the earth". Jika anda berkesempatan ke Mekah Al-Mukaramah cuba bawa kompas ke arah Kaabah dan lihat jarum kompas tersebut tidak akan menunjuk mana-mana arah sama Barat, Timur, Selatan atau ke mana-mana arah kerana Kaabah sememangnya berada di pusat atau ditengah-tengah bumi. Neil Amstrong juga mengesahkan fakta ini.

Maha Kaya Allah, dengan hanya melakukan Tawaf kesihatan kita akan bertambah baik. Tidak hairanlah jika ramai yang mengetahui rahsia ini sentiasa merindui untuk ke Mekah... Bagi yang bukan Islam kaji-kajilah fakta ini dan anda pasti akan mendapat kebenaran-Nya. Marilah kita belajar ilmu dan mengkaji Islam yang amat indah ini..

Jom ramai2 pasang niat dan impian untuk pergi ke Baitullah untuk Cas Rohani kita....!!!!

Ahad, 10 April 2011

Ratu Mak Nyah-sebuah realiti yang ada di Malaysia


Mymetro

KUALA LUMPUR: Mengejutkan apabila satu pertandingan ratu mak nyah dianjurkan secara tertutup di sebuah hotel terkemuka di pantai timur dengan berselindung di sebalik motif kerja amal untuk membantu golongan kurang bernasib baik.

Lebih menggemparkan, Metro Ahad difahamkan, pertandingan Miss Malaysia 2010 membabitkan ratu dari seluruh negara itu turut dihadiri golongan kenamaan bergelar Datuk dan artis terkenal, Noraniza Idris yang bertindak sebagai juri.

Penganjur dikatakan memilih negeri berkenaan sebagai tuan rumah berikutan kekaburan undang-undang syariah di negeri itu untuk menghukum golongan mak nyah jika berpakaian dan berkelakuan seperti wanita di khalayak.

Pertandingan ratu cantik mirip di Pattaya, Thailand itu terbongkar selepas didedahkan di beberapa laman web sejak Selasa lalu.



Susulan itu, wartawan Metro Ahad berjaya menjejaki salah seorang peserta pertandingan berkenaan untuk mendapatkan gambaran jelas mengenai acara itu.



Lina (bukan nama sebenar) berkata, program yang diadakan pada malam itu bertujuan mengutip derma bagi badan dan pertubuhan kebajikan di sekitar negeri berkenaan.

Katanya, pertandingan berkenaan diadakan tahun lalu di sebuah hotel bertaraf empat bintang di sebuah negeri di pantai timur.

Menurutnya, rata-ratanya disertai individu beragama Islam dan kebanyakannya sudah menukar jantina menerusi pembedahan dan suntikan hormon.

“Kami tidak takut menyertai pertandingan itu kerana pihak penganjur menjelaskan negeri berkenaan tidak mempunyai undang-undang yang boleh disabitkan kepada golongan mak nyah mahupun penganjuran program berkenaan.

“Apapun, pertandingan ini bukan untuk suka-suka saja, kami juga terbabit dalam kerja amal. Dalam kata lain, sambil ‘enjoy’, buat benda baik,” katanya.

Rakaman video selama 7 minit 10 saat itu dimulakan dengan paparan temubual sebahagian daripada 30 peserta yang mewakili negeri masing-masing.

Menerusi penyertaan pertandingan ratu cantik pondan itu, golongan terbabit dikatakan berada di puncak impian apabila berpeluang merubah diri menjadi wanita yang tampil dengan gaya anggun dan menawan, selain meraih pelbagai gelaran.

Berdasarkan rakaman video berkenaan, rata-rata peserta pondan yang menyertai pertandingan itu terdiri daripada remaja dan berusia lingkungan 20-an hingga 30-an.

Ketika acara berlangsung, tanpa segan silu peserta menggayakan pelbagai gaun seksi dan baju tradisional negeri masing-masing lengkap dengan pelbagai aksesori sambil berjalan ‘catwalk’ persis model dan cuba mengikuti penampilan artis terkenal tanah air.

Malah, wajah beberapa peserta seakan-akan pelakon wanita popular dan antaranya ‘Rozita Che Wan’ dan ‘Tiz Zakiah’.

Bagi menambah tarikan, pertandingan itu turut menyelitkan acara nyanyian secara ‘miming’ sambil menari mengikut rentak lagu yang disampaikan.

Selepas tamat pertandingan nyanyian, kelibat Noraniza kelihatan menyanyikan lagu untuk menghiburkan pengunjung, selain menjadi juri pertandingan ratu cantik terbabit.

Pada penghujung acara, peserta dibahagikan kepada beberapa kategori dan pemenang gelaran Miss Malaysia 2010 itu diberikan kepada peserta dari sebuah negeri di utara.

Berkata akan ia;
Malaysiaku apa sudah jadi? inilah akibat ramainya syaitan bisu yang tidak mahu menjadi tak bisu. Ya Allah, selamatkanlah Malaysiaku yang tercinta agar ia lebih aman dan bahagia. berilah kemenangan kepada Islam dan runtuhkanlah kebatilan yang ada.Amin...

Sabtu, 9 April 2011

Wanita Aceh pengsan disebat

BANDA ACEH - Dua pasangan Islam dihukum rotan selepas mereka didapati bersalah kerana melakukan perbuatan tidak bermoral, kata seorang pendakwa raya semalam.

Pasangan itu, Sudirman Bintang, 43, dan Irdayanti Mukhtar, 34, dirotan sebanyak sembilan kali kerana mereka masing-masing telah berkahwin tetapi menjalin hubungan sulit.

Mereka dirotan di halaman Masjid Al-Munawarrah, Jantho, Aceh Besar semalam dan disaksikan oleh ratusan orang selepas solat Jumaat.

"Punca mereka dihukum keras adalah kerana kedua-dua mereka sudah berkahwin dengan orang lain," kata pendakwa raya itu, Bendry Almy. - Agensi

Ahad, 3 April 2011

 Syarat baru: Kerajaan mahu sekat belajar di al-Azhar

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 2 April: PAS kesal terhadap keputusan Kementerian Pelajaran mengenakan syarat baru yang menyukarkan pelajar hendak belajar agama di Universiti al-Azhar, Mesir.

“Kenapa perlu dipayahkan kepada mereka yang hendak belajar di Universiti Azhar?” tanya Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Sebelumnya, kata beliau kerajaan telah membatalkan program berkembar tiga tahun di Malaysia, setahun di Azhar.

Katanya, kerajaan juga membatalkan sijil-sijil yang dikeluarkan oleh sekolah atau pihak Jabatan Agama Islam negeri-negeri sebaliknya meminta supaya Al-Azhar hanya mengiktiraf sijil STAM sahaja.

“Tindakan ini dibuat sebagai usaha hendak menyekat pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti al-Azhar,” ujarnya.

Katanya, kerajaan sedar pelajar yang belajar agama di Universiti Azhar di mana 90 peratus tidak menyokong Umno, walaupun ibu bapa mereka penyokong tegar parti itu.

Soalnya, apakah kerajaan hendak berniaga pula dengan pelajar untuk belajar agama dengan mengadakan kursus bahasa Arab berbayar, alasannya kerana lemah menguasai bahasa Arab sedangkan kos belajar di Azhar seolah-olah percuma sahaja.

Menurutnya, seperti sedia maklum mereka yang belajar di Azhar, kebanyakan daripada keluarga miskin kerana kos hidup begitu murah berbanding dengan negara Arab yang lain.

Jumaat, 1 April 2011

Mesir Pasca Revolusi



Alhamdulillah…kita masih diberikan peluang oleh Allah untuk bernafas lagi. Satu pinjaman yang Allah akan ambil jua nanti. Nikmat kehidupan sering dilupakan oleh kita selaku manusia. Lantas, terlalu mudah untuk melakukan dosa sewenangnya. Syukur, Allah itu maha pengampun dan pengasih. Rahmat dan pengampunannya melebihi dosa-dosa manusia itu sendiri. Selagi ada masa, mari kita semua kembali kepada-Nya dengan melakukan taubat kepada-Nya dan melakukan segala perkara mengikut landasan-Nya. Allah terlalu merindukan rintihan hamba-hamba-Nya yang ikhlas.

Aku sudah hampir dua minggu di bumi revolusi ini. Setelah kembali pada 21 mac yang lalu. Sepanjang pemerhatian aku, mesir betul-betul telah terevolusi walaupun bukan sepenuhnya. Aku tidaklah sudah mengembara ke seluruh Mesir selepas kepulanganku, tetapi dengan pengalaman cetekku, itulah yang telah terjadi. Dari amatan rakan-rakan begitu juga. Rakyat Mesir telah merevolusikan diri mereka sedikit demi sedikit. Antara revolusi yang paling cantik mereka lakukan adalah memastikan Bandar mereka dalam keadaan yang bersih berbandiing dulu. Jika dulu, sepanjang jalan dan lorong adalah tong sampah, ia tidak berlaku hari ini. Hari ini, mereka lebih menghargai Bandar mereka membesar ini. ‘Kebersihan itu separuh dari iman’ telah mereka praktikkan. Bukankah itu cantik dipandang. Aku tumpang kagum dengan semangat mereka.
Ada juga yang mengatakan rakyat Mesir makin ramah berbanding dulu. Aku belum lagi dapat membezakannya. Tetapi mungkin juga betul pengamatan itu. Dulu mereka hidup dalam strees yang melampau akibat tekanan hidup dan kerajaan yang zalim, tetapi kini tidak lagi. Mungkin itu sebabnya mereka semakin baik. Hon pun tidak dibunyikan sesuka hati lagi walau masih ada bunyinya. Tetapi tidaklah sehebat dulu yang membingitkan telinga. Situasi ini sangat-sangat berbeza sekali berbanding dulu. Mereka betul-betul mahukan ini sejak dulu. Tetapi mereka takut ntuk membicarakannya. Dulu, perbualan politik sangat-sangat dilarang, tambahan bagi aku sebagai warga asing ini. SB atau mata-matanya ada di mana-mana. Tersilap langkah memang buruk padahnya. Tetapi kini, tidak lagi bagi mereka. Bagi kami mungkin masih tidak perlu. Bukan takut, tetapi berjaga-jaga sebelum terkena.

Teringin sungguh aku berjalan-jalan ke seluruh pelusuk Mesir. Ingin juga aku melihat sendiri Medan Tahrir yang menjadi tempat penting revolusi ini. Tapi masanya belum sampai lagi, akan datang pasti aku ke situ juga. Ingin melihat sendiri medan Tahrir pasca revolusi. Tidak siapa sangka, tempat aku mengambil angin malam itu menjadi tapak revolusi yang sangat hebat. Sekaligus menjadi tempat yang disebut-sebut di seluruh dunia. Tapak itu juga menyaksikan beberapa insan syahid mempertahankan Negara. Fatwa Dr. Yusof al-Qordawi cukup-cukup memberi kesan kepada pemuda Mesir. Ulama’ seperti inilah yang umat Islam perlukan. Ulama’ temporary yang berjiwa haraki. Aku adalah salah seorang pengagum beliau.

Apa yang berlaku di Mesir patut menjadi renungan dan kegerunan kepada pemimpin di seluruh dunia. Rakyat bukan mahukan lebih dari sebuah keadilan dan ketelusan. Mereka mudah menipu rakyat. Tetapi rakyat bukan pekak dan buta. Jangan anggap rakyat tidak mengira setiap sen wang Negara. Jika demokrasi bukan lagi jalannya, jalanraya lah yang paling layak menghukum mereka yang rakus ini. Selepas Tunisia dan Mesir, kini telah bergelora angin revolusi di Bahrain, Oman, yaman, siria dan yang paling dasyat di Libya yang melibatkan tentera asing yang penuh konspirasi.

Bersyukurlah kepada Allah yang memberi rezeki, bukan kepada manusia yang hanya menjadi pengantaranya sahaja. Tanda terima kasih kepada Allah dengan menyembahnya. tanda berterima kasih kepada manusia, dengan membawanya menghampiri Allah. Bukan dengan mengagung-agungkan sumbangan mereka. Takbir!!!