Isnin, 28 Februari 2011

 Seruan untuk pengundi Merlimau dan Kerdau

Nik Abdul Aziz Nik mat

Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia, Bersama PAS-Pakatan Rakyat

Salam Sejahtera.

“Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.” (Maksud Al-Quran, al-An’am 6:162)

Sesungguhnya, segala puji-pujian kepada Allah, Tuhan yang mencipta dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam untuk junjungan besar Nabi Muhammad SAW, Pesuruh Allah pengakhir zaman.

Didoakan kepada semua pengundi, sanak-saudara dan kaum keluarga warga Dun Merlimau dan Dun Kerdau berada dalam selamat dan sejahtera dengan izin Allah, Tuhan Yang Maha Esa.

Tuan-puan dan Saudara-saudari yang dihormati sekalian.

Bersempena dengan pilihan raya kecil N.27 Merlimau, Melaka dan N.28 Dun Kerdau, Pahang ini, saya dengan ini mengambil kesempatan untuk menyampaikan seruan ingatan kepada diri saya dan pengundi sekalian yang berkebetulan berlaku dalam bulan sambutan Maulidur Rasul 1432H. Maka, ambillah pengajaran daripada sejarah perjuangan Nabi Muhammad SAW yang membawa rahmat bukannya laknat kepada sekalian alam. Mengamalkan ajaran Nabi baik dari segi ibadatnya, mahu pun segenap urusan hidup (mauamalat) adalah pelengkap kepada mencapai keberkatan di akhirat nanti. Oleh kerana itu, kita kena bergantung kepada Islam di dalam segala-gala segi perjuangan hidup. Ajaran Nabi Muhammad SAW sendiri tidak menerima perjuangan atas nama bangsa Arab, yang diterima hanyalah perjuangan atas nama keimanan yang hakiki terhadap Allah, Rasul dan hari akhirat. Selari dengan firman Allah:

“Adakah kamu sifatkan hanya perbuatan memberi minum kepada orang-orang yang mengerjakan Haji dan (hanya perbuatan) memakmurkan Masjidilharam itu sama seperti orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta berjihad pada jalan Allah? Mereka (yang bersifat demikian) tidak sama di sisi Allah dan Allah tidak memberikan hidayat petunjuk kepada kaum yang zalim.” (Maksud Al-Quran, At-Taubah 9:19)

Justeru Islam mengutamakan iman bukannya perbuatan. Atas kebenaran ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW inilah, maka setiap apa yang kita buat hendaklah berserta dengan niat yang tulus di atas dasar keimanan.

Oleh itu, menghadapi pilihan raya kecil ini, saya mengajak para pengundi sekalian tetapkan niat dan iman semasa menggunakan hak mengundi “untuk ubah nasib hidup kita, demi menegakkan kebenaran dan keadilan serta kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.”

Sesuai dengan niat tersebut, maka ubahlah kepercayaan kita dari mempercayai hanya Umno sahaja yang boleh memerintah dan membawa pembangunan, kepada memberi kepercayaan kepada PAS-Pakatan Rakyat yang juga boleh memerintah dan membawa pembangunan kepada bangsa, agama dan tanah air. Ini kerana parti Islam PAS sudah lebih 20 tahun berjaya sebagai sebuah kerajaan yang memerintah dan membangunkan rakyat dan negeri di Kelantan. Dan kini kejayaan itu turut berlaku di Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.

Bagi PAS di Kelantan, kejayaannya adalah kerana mengamalkan dasar pentadbiran Islam berteraskan prinsip ubudiah (keyakinan kepada Tuhan), mas’uliah (penuh tanggungjawab mengikut kehendak agama) dan itqan (melakukan yang terbaik) yang selari dengan kehendak syariat. Justeru itu, Kerajaan Negeri Kelantan berjaya dengan rekod bersih, tiada amalan rasuah, berintegriti, bebas dari riba dan subur dengan hasil mahsul anugerah Tuhan. Malah berkat pentadbiran Islam, semua lapisan kaum hidup dengan aman, damai dan sejahtera berpandukan agama.

Ia sebagai bukti betapa syariat Islam yang diperjuangkan oleh PAS selama ini berjaya mendidik pentadbir, pemimpin dan rakyat terus berpegang teguh kepada agama. Falsafah ini adalah selari dengan doa iftitah yang kita baca di permulaan sembahyang:

“Sesungguhnya sembahyang ku, ibadat ku, hidup ku dan mati ku adalah kerana Alllah Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam (Lillahi Rabbi ‘alami).”

Maknanya kerajaan Negeri Kelantan tetap jujur dan ikhlas mendidik semua pemimpin dan rakyat untuk mengingati tanggungjawab beragama––bersembahyang dan beribadat, dosa dan pahala serta memikirkan soal hidup dan mati. Inilah natijah perjuangan PAS yang sentiasa mendidik rakyat ke arah kehidupan beragama, berkeamanan dan berharmoni.

Justeru Kerajaan Negeri yang dipimpin oleh PAS sudah berjaya meyakinkan masyarakat semua kaum, bahawa apa yang kita laksanakan di Kelantan adalah yang terbaik, malah lebih baik berbanding dengan apa yang dibuat oleh Umno sebelum ini. Maka, Negeri Kelantan telah mendahului negeri-negeri lain dalam banyak aspek pembangunan berteraskan ajaran Islam. Terbaru sekali ialah penggunaan wang syariah––dinar emas dan dirham (sistem kewangan Islam zaman Nabi Muhammad SAW), dan pemberian beras percuma kepada keluarga miskin di bawah Skim al-It’aam.

Tuan-puan dan saudara-saudari sidang pengundi sekalian.

Islam mengajar kita supaya berlaku adil kepada semua pihak, termasuklah ketika bertanding dalam pilihan raya. Setiap kali PAS bertanding, prinsip yang diamalkan ialah berkempen dengan adil dan bersih, tiada ugut-mengugut dan sogok-menyogok. Sentiasa memberi peluang kepada pengundi untuk menggunakan kebijaksanaan dan kebebasan memilih dan mengundi PAS. Maka demi masa depan kita, undilah PAS pada kali ini. Ubahlah undi kita, dari undi Umno kepada mengundi PAS.

Sebagaimana masyarakat Kelantan yang sudah menolak perjuangan Umno dan parti Umno bukan lagi parti kerajaan. Masyarakat Kelantan menolak perjuangan kebangsaan Umno adalah kerana dasarnya yang mengasing-asingkan dan membeza-bezakan rakyat mengikut kaum-kaum, dan mengenepikan nilai-nilai keadilan yang diajar oleh Islam. Oleh sebab amalan itulah, Umno telah gagal mewujudkan perpaduan sebenar di kalangan semua kaum dalam negara ini. Kegagalaan itu membuktikan perjuangan Umno tidak selari dengan ajaran Tauhid Islam. Mengikut ajaran Tauhid, bukan hanya Tuhan itu Satu, tetapi satu segala-galanya. Maksudnya, kita hendaklah menerima Islam dan ke-Esaan Tuhan dengan tulus ikhlas. Hatta manusia yang berbagai-bagai bangsa itupun hendaklah disatukan di bawah satu keturunan iaitu keturunan Nabi Adam AS. Malangnya, ajaran seperti ini tidak diajar oleh perjuangan sekular dan kebangsaan Umno. Oleh itu, terimalah sistem Islam yang sentiasa benar dan adil untuk semua kaum.

“Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam–tidak tali kebangsaan) dan janganlah kamu bercerai-berai .”

(Maksud Al-Quran, Ali-Imran 3:102-103),

Sebenarnya Allah SWT tidak menerima segala amalan kita, melainkan kita beramal dengan ajaran Islam yang syumul. Maka, menolak perjuangan Umno-BN adalah satu tindakan betul yang sekaligus menolak perjuangan sekular dan kebangsaan.

Oleh itu, saya penuh yakin bahawa calon PAS-Pakatan Rakyat, Haji Yuhaizad bin Abdullah (Dun Merlimau) dan Hassanuddin bin Salim (Dun Kerdau) adalah calon-calon yang mesra dan rapat dengan semua lapisan pengundi. Mereka berdua cukup berpengalaman selaku pimpinan parti dan masyarakat, maka sudah pasti mereka mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab demi menunaikan harapan rakyat. Dengan ini saya menyeru dan merayu kepada sekalian pengundi, terutamanya pengundi Melayu, Cina dan India, dan khasnya pengundi peneroka yang budiman lagi bijaksana, bersama-samalah kita mengundi calon PAS-Pakatan Rakyat. Bulatkan hati, dengan lafaz ‘Bismillah...nama Tuhan yang Esa’ undilah Bulan pada hari Ahad, 6 Mac 2011 nanti. Keluarlah beramai-ramai untuk mengundi calon PAS-Pakatan Rakyat dan jangan hiraukan ugutan dan sogokan pihak Umno-BN.

Selamat mengundi. Semoga dengan ‘sepangkah undi,’ tuan-puan dan saudara-saudari sekalian dirahmati Allah Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

“Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia, Bersama PAS-Pakatan Rakyat”

*PAS UNTUK SEMUA *

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat,

Menteri Besar Kelantan

merangkap Mursyidul Am PAS.

Pengundi perlu ubah kepercayaan hanya Umno-BN boleh tadbir, kata T.G Nik Aziz

KUALA LUMPUR, 28 Feb — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata rakyat negara ini khususnya para pengundi perlu “mengubah daripada kepercayaan” bahawa hanya Umno-BN boleh memerintah dengan turut memberikan peluang kepada PAS-Pakatan Rakyat.

Menteri Besar Kelantan membuat seruan ini ketika pengundi Merlimau dan Kerdau bersiap sedia untuk menuju peti undi sempena pilihan raya kecil serentak Ahad ini.

Malah wujud spekulasi negara akan mengadakan pilihan raya umum ke-13 tahun ini manakala rakyat Sarawak pula akan menyaksikan pilihan raya negeri bila-bila masa dari sekarang, kemungkinan awal April.

Pakatan Rakyat mencatatkan prestasi terbaik dan membentuk gabungan formal selepas pilihan raya umum 2008.

Sehubungan itu, kata Nik Aziz, menghadapi pilihan raya kecil ini, “saya mengajak para pengundi sekalian tetapkan niat dan iman semasa menggunakan hak mengundi “untuk ubah nasib hidup kita, demi menegakkan kebenaran dan keadilan serta kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.”

“Sesuai dengan niat tersebut, maka ubahlah kepercayaan kita dari mempercayai hanya Umno sahaja yang boleh memerintah dan membawa pembangunan, kepada memberi kepercayaan kepada PAS-Pakatan Rakyat yang juga boleh memerintah dan membawa pembangunan kepada bangsa, agama dan tanah air,” kata beliau dalam tulisan di blognya hari ini.

Dalam memberikan justifikasinya, Nik Aziz menambah, ini kerana parti Islam PAS sudah lebih 20 tahun berjaya sebagai sebuah kerajaan yang memerintah dan membangunkan rakyat dan negeri di Kelantan.

“Dan, kini kejayaan itu turut berlaku di Kedah, Pulau Pinang dan Selangor,” kata beliau lagi dalam perutusan sempena hari pengundian Ahad ini.

Nik Aziz yang memimpin kerajaan negeri PAS Kelantan sejak 1990 menulis, PAS di Kelantan mencapai kejayaan kerana mengamalkan dasar pentadbiran Islam berteraskan prinsip ubudiah, masuliah dan itqan yang selari dengan kehendak syariat.

“Justeru itu, kerajaan negeri Kelantan berjaya dengan rekod bersih, tiada amalan rasuah, berintegriti, bebas dari riba dan subur dengan hasil mahsul anugerah Tuhan.

“Malah berkat pentadbiran Islam, semua lapisan kaum hidup dengan aman, damai dan sejahtera berpandukan agama,” katanya lagi.

Nik Aziz berkata bermakna kerajaan negeri Kelantan tetap jujur dan ikhlas mendidik semua pemimpin dan rakyat untuk mengingati tanggungjawab beragama - bersembahyang dan beribadat, dosa dan pahala serta memikirkan soal hidup dan mati.

“Inilah natijah perjuangan PAS yang sentiasa mendidik rakyat ke arah kehidupan beragama, berkeamanan dan berharmoni,” katanya lagi.

Justeru kata beliau, kerajaan negeri yang dipimpin oleh PAS sudah berjaya meyakinkan masyarakat semua kaum bahawa apa yang dilaksanakan di Kelantan adalah yang terbaik, malah lebih baik berbanding dengan apa yang dibuat oleh Umno sebelum ini.

“Maka, Negeri Kelantan telah mendahului negeri-negeri lain dalam banyak aspek pembangunan berteraskan ajaran Islam. Terbaru sekali ialah penggunaan wang syariah dinar emas dan dirham dan pemberian beras percuma kepada keluarga miskin di bawah Skim al-It’aam,” katanya lagi.

Malah Nik Aziz juga menulis bahawa Islam mengajar rakyat supaya berlaku adil kepada semua pihak, termasuklah ketika bertanding dalam pilihan raya.

Oleh itu katanya, setiap kali PAS bertanding, prinsip yang diamalkan ialah berkempen dengan adil dan bersih, tiada ugut-mengugut dan sogok-menyogok.

“Sentiasa memberi peluang kepada pengundi untuk menggunakan kebijaksanaan dan kebebasan memilih dan mengundi PAS. Maka demi masa depan kita, undilah PAS pada kali ini. Ubahlah undi kita, dari undi Umno kepada mengundi PAS,” katanya lagi.

“Sebagaimana masyarakat Kelantan yang sudah menolak perjuangan Umno dan parti Umno bukan lagi parti kerajaan. Masyarakat Kelantan menolak perjuangan kebangsaan Umno adalah kerana dasarnya yang mengasing-asingkan dan membeza-bezakan rakyat mengikut kaum-kaum, dan mengenepikan nilai-nilai keadilan yang diajar oleh Islam,” katanya.

Oleh sebab amalan itu tegas beliau, Umno telah gagal mewujudkan perpaduan sebenar di kalangan semua kaum dalam negara ini.

“Kegagalaan itu membuktikan perjuangan Umno tidak selari dengan ajaran Tauhid Islam. Mengikut ajaran Tauhid, bukan hanya Tuhan itu Satu, tetapi satu segala-galanya,” kata Nik Aziz lagi.

Bertolak daripada itu kata Nik Aziz, beliau penuh yakin calon PAS-Pakatan Rakyat Yuhaizad Abdullah dan Hassanuddin Salim yang masing-masing membawa cabaran di Merlimau dan Kerdau adalah calon yang mesra dan rapat dengan semua lapisan pengundi.

Katanya, mereka berdua cukup berpengalaman selaku pimpinan parti dan masyarakat, maka sudah pasti mereka mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab demi menunaikan harapan rakyat.

Ahad, 13 Februari 2011

Mesir-Jeddah-Dubai-Maldives-TUDM Subang 1

Alhamdulillah..segala puji bagi Allah yang mwngurniakan segala nikmat ini. setelah hampir dua minggu bergelut dengan karenah birokrasi untuk pulng ke tanah air secara percuma atas ehsan kerajaan Malaysia, akhirnya aku sampai juga di tanah air tercinta di petang 11/2/2011 lalu di Pengtkalan Udara TUDM subang menaiki pesawat Hercules C-130 atau lebih dikenali sebagai Chalie. perjalanan yng sungguh panjang ini sudah tentunya ada manis dan pahitnya.biarlah ia tersimpanm sebagai kenangan yang tidak akan aku lupakan buat selamanya.

Tika rakan-rkn lain gembira menaiki pesawat komersial yang penuh glamour dihiasi pramugari yang tak sanggup dipandang, aku dan seramai 95 pelajar yang lain hanya menaiki pesawat tentera yang tidaklah segelamor yang lain. mula2 tu frust jugak, maklumlah..lain yang dibayang, lain yang dapat, tetapi bila lama2 rasa seronok pulak. Perjalanan kami mengmbil masa 18jam terbang dengan dua kali transit di Dubai, UAE dan Maldive. kemesraan yang ditunjukkan oleh anggota TUDM membuatkan kami tidak jemu di dalam pesawat. berbeza skali acting mereka berbanding ketika dari Cairo ke Jeddah. kami dibenarkan mengambil gambar sesuka hati tanpa ditengking lagi. kami bebas berjalan kesana kemari di dalam persawat.

Saat paling ditunggu adalah ketika mendarat. kami disambut bagai wira pulang dari perang. padahal yang wira anggota TUDM bukan kami, kami hanya menumpang saje. kami disambut oleh sorakan orang ramai yang menunggu kepulangan kami di sana.woww..-bersambung si episod akan datang-

Sabtu, 5 Februari 2011

Bila Rakyat Dah Marah, inilah jadinya!!!

Lebih Zionis Dari Zionis!!

Diktator Yang Liat!!

Situasi di Mesir masih tidak menentu,hari ini yang dinamakan 'Hari Penentuan' kepada rejim Husni Mubarak tidak juga memberi kesan apa2.dijangkakan seramai 8 juta umat berkumpul di Medan Tahrir hari ini.ini berikutan fatwa dari Dr. Yusof al-Qaradawi yang mewajibkan seluruh pemuda mesir yang berkemampuan untuk turun ke Medan Tahrir selepas solat jumaat bagi memberikan tekanan kepada mubarak.Najitahnya tetap sama,takhta kotor itu tetap ingin dipertahankan.sungguh angkuh dan kejam.entah sampai bila dia mahu kalah.pergi lari sudah la,bukan susah sangat.duit dah berjuta dirompak,pergi la enjoy dengan duit haram tu.

Inilah hakikat sebuah kepimpinan diktator.aku makin mengenali istilah diktator.sangat kejam!bagi aku,ini sejarah hidup yang tak dapat dilupakan selamanya.aku menjadi sebahagian dari sejarah ini kerana berada di sini.

untuk perkembangan anak-anak Perak di sini,sudah 150 orang dilepaskan ke Jeddah.aku berada di kelompok 150-200 dan bakal berangkat esok pagi.berita yang ditayangkan di media2 Malaysia sangat merisaukan seluruh ibu bapa pelajar termasuk kedua ibu bapaku yang buat setakat ini mencatatkan rekod menelefonku lima hari berturut2.semenjak bertahun aku di sini,ini kali pertama.hati seorang ibu,tak terkalahkan dengan hati 10 anak.

Maklumat yang datang bertukar2 sangat-sangat merisaukan hati.tambah2 dengan tiadanya jaminan mengenai penerbangan Jeddah-Kuala Lumpur.bagi aku,hanya tunggu dan lihat disamping doa yang tidak putus.

mungkin ini post terakhir aku sebelum keluar dari Mesir.jika ada kemudahan internet di Jeddah boleh juga aku berupdated.jika tiada,terpaksalah hanya di tanah air sahaja aku melepaskan rindu.Buat teman2,doakan perjalanan kami selamat dan dipermudahkan.doakan juga keamanan negara Mesir dan jatuhnya diktator rakus Husni Mubarak.mari menyokong perjuangan suci rakyat Mesir!!

Khamis, 3 Februari 2011

Mesir, Aku dan Cinta!!

Hari ini(khamis) sudah masuk hari ke-10 rusuhan besar-besaran di Mesir.tiada apa yang boleh dikatakan hanya sabar dan redha atas ujian ini.takdir Allah mendahului segala2nya.tiada siapa pernah menjangka akan berlakunya perkara ini.jelas,manusia sangat lemah sifatnya.

Bagi kami penuntut Malaysia di mesir,semua dalam keadaan selamat,Alhamdulillah.makan pun cukup,siap bertambah2 lagi.3 kali sehari plak tu.cuma sedikit kekesalan dihati apabila media memomokkan situasi yang getir dan sukar di sini dan menyimpang dari perkara sebenar.terlalu banyak khabar angin dikhabarkan kepada rakyat malaysia.sehinggakan ada ibu bapa yang dihimpit kerisauan melampau lantas mengarahkan anaknya pulang dengan segera.akibatnya,penuhlah lapangan terbang dengan rakyat malaysia yang ingin 'lari' dgn segera.

Bagi kami yang masih berbaki,bakal dibawa ke Jeddah dalam masa terdekat ini sebelum dihantar pulang ke malaysia.tetapi itupun entah bila.negara lain yang berjiran semua sudah menerbangkan rakyat masing2,tetapi kami masih di bumi bergolak ini tanpa jawapan yang pasti sampai bila?

Pergolakan kini semakin meruncing apabila puak penyokong Hosni Mubarak bertempur dengan para demontran anti-mubarak.keadaan yang dulunya aman kini menjadi pertumpahan darah.Tiada jawapan sampai bila keadaan ini brlarutan dgn pengunguman mubarak yang enggan berundur dari takhtanya setelah 30 tahun menzalimi rakyatnya.tuntutan mereka cuma 1,mubarak mesti berundur segera.jika tidak,mereka akan bertempur lagi menuntut hak yang dinafikan.

Aku sayangkan bumi Mesir,bumi ini sangat bermakna buatku.bertahun-tahun aku berkelana di sini mencari ilmu,tetapi kini terpaksa meninggalkannya tanpa rela.semoga Allah memelira bumi Mesir dengan keamanan dan kesejahteraan kerana di dalamnya terdapat kiblat ilmu yang mulia.Al-Azhar asy-syarif.aku tetap akan ke sini lagi!!