Rabu, 31 Mac 2010

Gerabak keretapi berasingan untuk lelaki, wanita

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bercadang untuk mewujudkan gerabak berasingan untuk penumpang lelaki dan wanita bagi perkhidmatan komuternya dalam usaha meningkatkan keselesaan para penumpangnya.

Presiden KTMB Aminuddin Adnan berkata tinjauan yang dijalankan oleh KTMB menunjukkan 60 peratus penumpang KTM Komuter terdiri daripada kaum wanita dan selebihnya lelaki.

Katanya jika keretapi komuter mempunyai tiga gerabak, satu gerabak akan diperuntukkan untuk mereka yang berkeluarga serta warga emas dalam usaha KTMB mewujudkan keselesaan penumpang serta meningkatkan mutu perkhidmatannya.

Bagaimanapun sebelum melaksanakan cadangan tersebut, ia perlu diperincikan bagi mengelakkan sebarang isu lain yang akan timbul, katanya kepada pemberita selepas melancarkan program “Customer Service Star Award 2009” dan program Ikhlas Dari Hati di sini hari ini.

Aminuddin berkata, langkah pengasingan gerabak ini telahpun dilaksanakan di Jepun dan beberapa negara di Eropah.

Sementara itu, beliau berkata perkhidmatan komuter KTMB akan mendapat 38 set gerabak unit gandaan elektrik (EMU) yang baru dalam usaha mempertingkatkan perkhidmatannya.

Beliau berkata KTMB juga akan membaiki 15 set EMU yang lama dan usaha ini diharapkan dapat mengatasi masalah keretapi lambat tiba serta isu perjalanan dibatalkan.

Bagaimanapun, beliau tidak menjelaskan bila KTMB akan mendapat gerabak EMU baru itu, yang mampu meningkatkan jarak masa ketibaan antara satu komuter dengan satu komuter yang lain selama 7.5 minit.

Penambahan gerabak itu adalah untuk menampung pertambahan penumpang komuter yang dijangka meningkat kepada 300,000 penumpang setiap hari, katanya.

Mengenai program Ikhlas Daripada Hati itu ia merupakan program KTMB yang memberi penekanan kepada tiga nilai perkhidmatan cemerlang iaitu empati, mesra dan ikhlas (EMI) yang akan diamalkan oleh kakitangan KTMB bermula esok hingga 31 Mei ini dalam usaha meningkatkan mutu perkhidmatan KTMB, katanya.

Beliau berkata sepanjang tempoh program itu, seluruh kakitangan KTMB akan memakai butang lencana “Ikhlas Daripada Hati” sebagai tanda komitmen dalam memberi perkhidmatan cemerlang kepada para pelanggan.

- Bernama



Ulasan : ini satu usaha yang baik dan harus dipuji. usaha ini dilihat dapat mengurangkan jenayah di dalam gerabak keretapi seperti cabul, mencuri dan sebagainya. semoga usaha ini tidak dihalang oleh mana-mana pihak yang tidak menyenangi hidup yang berkonsepkan Islam. kerana Malaysia terkenal dengan pemimpinnya yang liberal dan tidak menyenangi amalan hidup Islam. Tahniah kepada KTMB.

Nizar: Ganesan cabul Perintah Tetap Dewan

Oleh:Andrew Ong

Ahli dewan undangan negeri Pakatan Rakyat bertindak meninggalkan dewan setelah speaker R Ganesan berulang-kali menolak permohonan mereka bagi menimbulkan peraturan dewan.

NONEPada sidang media kemudiannya, menteri besar Perak yang disingkirkan, Datuk Seri Nizar Jamaluddin (PAS - Pasir Panjang) berkata tindakan Ganesan tidak menghormati peraturan dewan.

“Kita bertalu-talu minta supaya Perintah Tetap dihormati. Tetapi kita lihat ia dilacur dan diliwat oleh Ganesan dan Umno-Barisan Nasional,” kata Nizar.

"Perintah Tetap bukan sahaja diabaikan tetapi tidak digunakan sebagai panduan untuk perjalanan dewan,” tambah beliau.

MenurutNONE Nizar, wakil rakyat Pakatan dinafikan hak mereka sebahgai ahli dewan undangan negeri.

Pada sidang pagi ini, Nga Kor Ming (DAP - Setiawan) cuba membangkitkan Peraturan 3, 4 dan 6 bagi mencabar kesahihan Ganesan sebagai speaker.

Kata Nga, Peraturan Tetap mensyaratkan bahawa pelantikan speaker baru hanya boleh dibuat jika berlaku keksongan dan ia mesti dijalankan menerusi pengundian.

BagaimanapunNONEsebelum Nga boleh menghabiskan bacaannya mengenai Peraturan Tetap, Ganesan mencelah dan mendakwa pelantikannya pada 7 Mei tahun lalu adalah sah. Dia kemudiannya mengarahkan Nga supaya duduk.

Ganesan kemudian bertindak menutup mikrofon Nga dan meneruskan sidang dengan sessi soal-jawap.

Sementara itu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata tindakanpembangkang yang menimbulkan kekecohan serta bertindak keluar beramai-ramai itu seperti sudah dirancang dari awal.

“Ini boleh dilihat daripada tindakan sebahagian besar mereka yang berpakaian serba hitam dan membawa poster dalam dewan. Pembangkang cuba jadikan DUN sebagai kandang dan tempat demonstrasi," katanya pada sidang media berasingan.

Pada sidang pagi tadi, adun Rungkum, Datuk Shaarani Mohamad mencadangkan kepada dewan agar memohon kepada Sultan Perak bagi menarik semula gelaran 'Datuk Seri' yang diberikan kepada Nizar dan 'Datuk' kepada Datuk Ngeh Koo Ham (Sitiawan).


Sumber : malaysiakini

Rakyat perlu berani tamatkan amalan korup Umno/BN

oleh :Hashim Abdullah

TEMERLOH, 31 Mac: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata, rakyat perlu berani bertindak menamatkan amalan korupsi yang dilakukan pemimpin Umno/BN sehingga menyebabkan negara berada dalam kehancuran.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang menyeru ahli PAS berusaha memberikan kefahaman kepada rakyat terhadap isu yang berlaku dan mendidik rakyat agar berani membuat perubahan pada pilihan raya umum yang akan datang bagi menamatkan amalan korupsi itu dan menyelamatkan negara daripada terus berada dalam kehancuran.

Ingatan itu terkandung dalam perutusannya yang ditujukan kepada seluruh ahli PAS bagi menghadapi mesyuarat agung di peringkat kawasan seluruh negeri khasnya dan negara amnya.

Katanya, adalah perkara yang amat malang bagi rakyat di negara ini jika pemimpin Umno yang terkenal dengan amalan korup terus dibiarkan menguasai pemerintahan negara.

Justeru, katanya perubahan rakyat adalah suatu tuntutan.

“Mesyuarat agung tahunan pada tahun ini perlu dijadikan medan untuk menilai pencapaian gerak kerja parti untuk memperkukuhkan persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).

“Justeru, kepimpinan dan semua petugas parti wajar memastikan agenda menambah ahli dan pengundi baru, penubuhan cawangan di seberapa banyak lokaliti, persediaan kewangan yang mapan, penebaran mesej parti kepada segenap segmen masyarakat dan pengukuhan tarbiah terus menerus menjadi keutamaan,” katanya.

Tambahnya, adalah terlalu penting bagi ahli PAS menumpukan usaha bagaimana untuk menguasai suasana politik melalui berbagai agenda yang dirancang bertujuan menarik penyertaan rakyat untuk menyertai PAS dan menyokong Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya umum akan datang.

“PRU 13 dipercayai medan terbaik bagi PAS bersama PR untuk mengajak rakyat melakukan perubahan demi menyelamatkan negara ini daripada kehancuran akibat pemerintahan korup BN. Kefahaman dan keberanian rakyat untuk berubah mesti digembleng mulai sekarang sehingga ke saat hari mengundi akan datang,” katanya

Sementara itu, pada persidangan Dewan Rakyat yang sedang berjalan sekarang terus dikejutkan dengan berberapa isu besar yang melanda negara termasuklah kehilangan RM52 bilion ekuiti saham Bumiputera sebagaimana dibangkitkan Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng dan kerugian RM546 juta dalam pelaburan Pos Malaysia yang ditimbulkan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong


Sumber: Harakahdaily.net

Edisi 18SG(Sangat Geram): Negeriku Kalut lagi










Ah...negeriku kalut lagi. sidang dun yang sepatutnya menjadi medan membahaskan masalah rakyat bertukar menjadi medan pertempuran yang tak sepatutnya. lingkup sistem kerajaan berpalimen. dah la di parlimen begitu, di dewan undangan negeri pun begitu jugak.

Ini tak lain berpunca dari juak2 itu. kalau sudah namanya kerajaan haram, maka akan macam haramlah perangai mereka. kalau ini berlarutan, aku yakin perak tidak akan ke mana2. mana mungkin sesebuah kerajaan ditadbir sedemikian rupa. sidang dun hanya memenuhi syarat perlembagaan sahaja. bayangkan hanya dua hari, ya, hanya dua hari dewan bersidang. apa yang boleh dilakukan? bukan nak bahas masalah rakyat, nak hentam speaker haram pun tak cukup. sampai sekarang tak sudah2 dan tak sedar2 speaker haram itu.

PR telah menghormati keputusan mahkamah yang memihak kepada juak2.walaupun dengan hati yang tak redha.tapi, tentang speaker haram PR tidak akan bertolak ansur walau apapun yang berlaku.sebab ini peraturan dewan.telah terbukti,pelantikan ganesan tidak sah dan merupakan satu komplot yang jahat untuk menjatuhkan speaker yang sah.aku bukanlah adun,bukan juga ahli parlimen,speaker lagi la bukan.tapi aku seorang pembaca dan pengalisis politik bebas(bukan katak ek).taulah sikit2 tentang syarat menjadi speaker.antaranya bukan peguam,dilantik dengan sah dengan mojoriti dewan.dan sebagainya.tapi ini tak berlaku di perak negeri kome.

Rakyat sudah celik politik,bukan macam dulu senang digula2kan dengan kain pelikat dan payung dacing.maklumat dah mudah sampai kepada mereka.itu yang juak2 takutkan sebenarnya sampai meletakkan media2 di tempat bercermin gelap dan kalis bunyi.bodoh ke tak bodoh? media nak lapor berita,tapi tak bagi dengar, tak bagi tengok.agak2 apa media nak lapor?

Jika anda inginkan berita yang laju dan benar, sila ke http://idhamlim.blogspot.com.

Selasa, 30 Mac 2010

Arak di Malaysia semudah beli air minuman



Sumber : Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 30 Mac: Arak di Malaysia boleh diperolehi dengan mudah seumpama membeli air minuman yang lain sama ada di pasar raya, restoran, hotel, kedai runcit mahupun di kedai serbaneka seperti 7 Eleven yang dijual tanpa kawalan ketat.

Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) memandang serius kenyataan Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud yang mendedahkan bahawa Malaysia adalah antara 10 negara tertinggi di dunia dalam pengambilan arak di dunia.

Ketua Penerangannya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata, dalam kenyataan di Parlimen semalam, Dr Mariah juga mendedahkan bahawa rakyat negara ini membelanjakan sebanyak USD500 juta iaitu lebih kurang RM1.75 bilion bagi pembelian minuman keras.

Penjualan arak berkembang di antara 5 hingga 7 peratus setahun melebihi kadar pertumbuhan penduduk iaitu 2.4 peratus, manakala umur purata ketagihan arak ialah 23 tahun.

Mohamad Suhaimi juga merasa terkejut dengan pendedahan AJK PAS Pusat itu bahawa terdapat peningkatan kadar pengambilan alkohol di kalangan remaja khususnya di bawah umur 18 tahun iaitu kira-kira 45 peratus, dan mereka mengambilnya secara berterusan.

“DPPWP juga merasa kesal kerana arak dengan mudah mendapat tempat untuk tajaan dan iklan di mana-mana akhbar media arus perdana mahupun di televisyen,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Kerajaan pula, katanya dengan sengaja memberikan lesen kepada pengusaha kelab-kelab malam dan pusat hiburan untuk beroperasi tanpa kawalan yang sewajarnya.

“Kelab-kelab malam inilah juga penyumbang kepada berleluasanya minuman arak sehingga menyumbang kepada gejala sosial yang lebih parah,” ujarnya lagi.

Soalnya, bagaimanakah penjualan dan pengambilan arak boleh bertambah dalam keadaan negara Malaysia yang sudah diisytiharkan sebagai sebuah negara Islam dan termaktub juga di dalam Perlembagaan bahawa agama rasmi negara ini adalah Islam.

Beliau juga mempersoalkan mengapa tidak ada kawalan keras dari kerajaan sebagaimana kawalan yang sama dilakukan terhadap penyalahgunaan dadah yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

“Dalam Islam, hukuman yang sewajarnya kepada peminum arak adalah disebat dengan 40 hingga 80 kali sebatan. Soalnya, mengapa undang-undang ini tidak terpakai khususnya kepada umat Islam?” soalnya lagi.

Sepatutnya, kata beliau arak perlu diharamkan terus di Malaysia dan alasan bahawa negara ini mempunyai masyarakat majmuk tidak boleh diterima sama sekali kerana kesan arak yang boleh membahayakan kesihatan sama seperti penyalahgunaan dadah dan menghisap rokok.

Tambahnya, arak juga sebagai salah satu penyumbang kepada peningkatan kadar kemalangan jalan raya di Malaysia.

Justeru, beliau menggesa kerajaan mengetatkan kawalan terhadap penjualan arak seperti mengharamkan penjualannya di kedai-kedai runcit dan serbaneka seperti di kedai 7 Eleven di samping premis-premis hiburan pula perlu ditutup kerana ia langsung tidak memberi kebaikan kepada rakyat.

DPPWP juga, katanya meminta kerajaan mengharamkan arak untuk diiklankan di mana-mana media eletronik mahupun cetak agar tidak mendapat publisiti murahan.

“Apakah gunanya hasil cukai yang haram dari arak ini kepada kerajaan sedangkan dalam masa yang sama ribuan umat Islam menderita akibat ketagihan arak dan hidup dalam keadaan berdosa,” ujarnya.

Edisi 18SG(Sangat Geram): Sidang Dun Polis





Sebentar tadi, sekitar pukul 9.00 pagi waktu Malaysia, berlangsungnya perasmian sidang Dun Perak untuk penggal ke-3.

Sidang Dun ini merupakan yang pertama selepas Zamry diisytihar sebagai MB-MAHKAMAH paling kotor didunia. Tiada mahkamah 'seadil' ini di dunia.

Rentetan dari kemenangan ini. maka bermulalah pentadbiran haram ini.

Hari ini bersidanglah mereka dalam ketakutan. tidak ada Dun yang bersidang bersama polis kecuali di Perak, tidak ada Dun yang menghalang wartawan masuk kecuali di Perak. tidak ada speaker yang lebih pengecut dari Ganesan. tidak ada MB secapoi Zamry. semua ada.

Inilah negeriku tercinta. ditadbir oleh MB haram 'J'.Nampak sangat ketakutan mereka.Zambry mendakwa sidang Dun ini aman.deyy podah...aman sebab ada polis.bayangkan 150 orang jaga satu speaker. lepas tu pandai belakon,bila Raja Nazrin masuk untuk sampaikan titah ucapan, semua pakat keluar.pengecut.belum cerita yang dekat luar.yang jaga pintu.woi!!!! ingat ni perang ke.banyak lagi perogal,perompak,pembunuh,peragut yang tak tangkap-tangkap lagi.buat apa menyemak dekat situ.

Inilah apabila terdesak. mereka lakukan apa sahaja demi mempertahankan kebatilan mereka itu.aku sedih,pilu,malu dengan negeriku.apabila 'ulamak' sudah dicucuk hidung,maka kebatilan ini hanya dilihat sahaja.aku sangat kecewa dengan apa yang berlaku.aku kesiankan rakyat perak yang terpaksa menananggung penderitaan ini.bukan juak-juak itu.sungai perak bisa kontang kerna tak sanggup digelar 'sungai perak', kerana malu ia pada sungai2 lain kerana digelar sungai negeri kartun.Aku terselamat sebab lahir di N9.walau menetap di Perak.namun tetap akanku pertahankan,Dun perlu dibubar segera sebelum perak digelar negeri polis pula.

Kembalikan hak kepada yang berhak. doaku agar negeriku kembali diredhai Allah setelah kekejaman ini.aku benci penindasan!!

Anak-anak Perak meriahkan MTC PMRAM





Gambar --->>>>>>>>>

Gelagat anak-anak Perak yang mencuri tumpuan, dua dari hujung sana penyokong import dari
Singapura.


Alhamdulillah, saya baru pulang dari hayyu asyir bersama rakan-rakan seperjuangan. kami ke sana bagi memeriahkan lagi Malam Taaruf Calon(MTC) yang dibuat di Rumah Selangor. kami anak-anak perak antara hadirin yang awal sampai.
Semangat ingin menyokong calon kami. ternyata anak-anak perak tak menghampakan. satu komitmen yang baik ditonjolkan. negeri-negeri lain tercengang melihat gelagat kami yang ramai.

Kami datang bukan tangan kosong, bersama kami 3 sepanduk sebesar manilakad dan lima huruf nama calon kami. setiap kali nama negeri kami disebut, pasti sepanduk akan diangkat beserta keriuhan yang terkawal. kami memang happening. itu yang dapat saya gambarkan.

Tetapi, yang mendukacitakan saya ialah, penyokong-penyokong calon lain tidak melakukan benda yang sama. tiada sepanduk selain kami, majlis kelihatan hambar sekali. cuba bayangkan kami tidak hadir. pasti MTC akan hanya seperti majlis taklimat. Alhamdulillah anak perak sekali lagi mencipta nama.

Tujuan saya menulis entri ini hanya ingin melahirkan apa yang saya rasa, bukan untuk melobi calon kami, apa lagi meraih undi. saya tahu syarat2 kempen. usah risau.

Mungkin ini satu permulaan yang baru bagi ahli2 PMRAM. Itu sebab keterujaan itu tidak ada. atau, ahli sudah hilang minat dengan aktiviti PMRAM. ini satu kemungkinan yang boleh dikaji.

Bermula malam ini, calon sudah boleh berkempen. edaran handbil2 pun sudah kelihatan tadi. calon perlu memasang strategi untuk meraih undi. ini satu pendedahan baru untuk mahasiswa Mesir. Belajar menjadi wakil rakyat. pengalaman yang sangat berharga.

Saya sangat teruja untuk melalui proses membuang undi nanti. saya sedang istikharah untuk memilih calon2 yang layak. semuanya layak, tetapi kaedah demokrasi terpaksa menolak tiga dari mereka. Segala keputusan di tangan ahli2 yang layak mengundi. undi jangan tak undi.

Isnin, 29 Mac 2010

'Itu' yang saya buru


Hati sebak bila terkenangkan nasib diri. mungkin ini satu ujian dari Allah untuk insan kerdil ini. 5 tahun di bumi kinanah mengundang pelbagai cerita suka dan duka. seronok bila melihat kejayaan rakan-rakan menghiasi cerita. tetapi bertukar duka bila memandang kaki sendiri.

Hati selalu bermonolog sendiri tanpa diminta. monolog yang kadang-kadang mengundang putus asa. Ya Allah kuatkan aku.

Termenung dan terpaku sendirian memikirkan nasib diri. "orang lain sudah ke mana, aku masih di sini". rakan-rakan seangkatan saya ada yang sudah pulang bekerjaya, ada yang menyambung master, paling kurang pun sudah berumah tangga. bukan menyesali hakikat diri, tetapi ingin menginsafi dan mengkoreksi diri. betapa syarat untuk saya menggenggam segulung ijazah belum tertunai. masih miskin usaha dan tenaga.

Saya bahagia berada di sini, tetapi lagi bahagia jika menunaikan dulu harapan keluarga. bagi mereka saya terlalu lama. walau tidak diluah, tapi saya faham. mereka rindukan saya di depan mata. begitu juga saya.

3 kali ditimpa kegagalan begitu menguji jiwa. bermula di tahun pertama, diikuti tahun berikutnya. saya tetap gagal. saya kelihatan tabah, hakikatnya hampir rebah. pedih dan perit bergelar i'adah belum hilang, datang pula gelaran istisna'. Ya Allah, ni peluang terakhir aku. hebatnya ujianMU ya Rabbi. Saya rindukan gelaran mustajid. sudah dua tahun saya kehilangannya. Tak ada tempat lagi untuk menyesali semua terjadi. saya perlu sedar dari mimpi.

5 tahun di sini, tetapi masih tahun 2? ramai yang tertanya-tanya. tidak kurang yang menyindir. itu biasa.

Maha suci Allah sahaja yang tahu isi hati ini. kejayaan itu saya impikan. bukan sebab syahadah itu, tetapi sebab janji ini.

Tapak ini menjadi saksi. geloranya hati inginkan 'itu'.'itu' yang saya buru.sebuah jambatan kesaksian.kesaksian seorang penuntut ilmu.

Ahad, 28 Mac 2010

Yahudi bangsa yang kejam


semalam telah berlangsungnya kemuncak persidangan negara-negara arab di Libya. persidangan tanpa dihadiri 10 pemimpinnya termasuklah presiden mesir kerana sakit.

Apa yang hendak saya ulaskan bukan persidangan itu. tetapi apa yang berlaku di Palestin dan sensitiviti umat Islam. saya agak terkejut apabila membacakan berita tentang masjid al-aqsa yang terapung diawangan dan menunggu masa untuk runtuh. sedih bercampur geram. keadaan masjid ke-3 tersuci umat Islam ini telah terancam. bila-bila masa sahaja akan runtuh.
Inilah gambaran terkini umat Islam sebenarnya. retak menanti belah dan runtuh. tiada lagi kesatuan atas nama persaudaraan seakidah.

Telah berjaya Artarturk dan yahudi mengasing-asingkan benua dan negara Islam dari disatukan dalam satu khalifah.

Negara yang lemah akan ditindas, yang kuat akan terus berkuasa. yang miskin terus miskin, yang kaya terus kaya. perpecahan inilah penyebab beraninya musuh-musuh Allah mengancam umat Islam, terutamanya Palestin dan rakyatnya.

Tiada siapa hari ini layak digelar pembela Palestin. mereka bangun dan melawan menggunakan kudrat mereka sendiri.

Sekarang ini sudah 1600 tempat kediaman yahudi didirikan di sana. cuba bayangkan jika ini berterusan. pasti negara Yahudi yang mereka impikan akan terdiri.nauzzubillah.

Saya pelik dengan sikap pemimpin-pemimpin arab sekarang.terlalu pengecut. tak habis habis, rundingan rundingan rundingan. sampai bila. kalau dasar namanya yahudi laknatullah. sampai hari kiamat pun takkan tahu menghormati orang. mereka ini kaum yang degil. sebab itu para Nabi ramai diutuskan dari kalangan bangsa mereka. tetapi, apa yang terjadi selepas itu. habis nabi-nabi ini dibunuh, disembelih dan apa bahasanya lagi. mereka ini bangsa yang tiada bumi dan tanah. sebab itu mereka mahukan Palestin.

Fikir-fikirkan Wahai sahabat2ku!!

Islam dihina

Apa yang anda rasa apabila melihat dua gambar di bawah ini??






Islam telah dihina menggunakan pelbagai cara oleh musuh-musuh Allah. Apa peranan kita sebagai umat Islam?? adakah terus meredhai mereka dengan menyokong segala tindak tanduk mereka dan membeli barangan mereka. fikir-fikirkan!!!!

Adakah Melayu akan lebih terbela?

Majlis Perasmian AGM PERKASA










Adakah melayu akan terbela atas usaha NGO ini? atau hanya satu retorik yang merosakkan lagi kaum Melayu dan menambahkan lagi ketegangan antara kaum. sama-sama kita tunggu dan lihat aksi mereka.

Tok Guru Nik Aziz sokong guna 'Allah' pada Rukun Negara


oleh: Mohd Nor Yahya

KOTA BHARU, 27 Mac: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju dangan gesaan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang agar kalimah Allah digunakan bagi menggantikan perkataan Tuhan dalam prinsip pertama Rukun Negara.



Menteri Besar Kelantan itu berkata, penggunaan kalimah Allah itu mampu merungkai kekeliruan dalam masyarakat Malaysia pada waktu ini.

"Sekarang ni rakyat keliru, Allahpun Tuhan, Nabi Isa pun Tuhan, kubur keramat pun tuhan, jadi hak mana sebenarnya tuhan, tapi kalau kita pakai satu nama Allah sahaja, yang mereka tertanya-tanya tu, kita sedia bagi penjelasan yang mana satu tuhan sebenarnya," ujarnya pada sidang media di Majlis Ramah Mesra Warga Orang Kurang Upaya (OKU) di Perdana Resort hari ini.

Turut hadir di majlis tersebut, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan,Belia, Sukan dan NGO negeri, Abdul Fatah Mahmood dan Pengarah Urusetia, Abdul Aziz Yunus, Setiausaha Sulit khas, Rosdi Abdullah dan Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari.

Isu pindaan perkataan Allah pada prinsip Rukun Negara dibangkitkan Abdul Hadi sewaktu membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Ujar Tuan Guru Nik Aziz lagi, jika masih timbul kekeliruan berhubung penggunaan perkataan Allah itu, PAS bersedia mengambil tanggungjawab memberi penjelasan kepada masyarakat.

Mengulas kedudukannya sebagai Mursyidul Am PAS pula, beliau sedia memikul amanah tersebut jika terus diberi kepercayaan oleh parti.

Namun, beliau juga menyatakan kesediaan untuk berundur jika parti mempunyai pengganti yang lain.

Ketika ditanya Jom Heboh di Kelantan pula, Nik Aziz berkata, kerajaan negeri akan sentiasa membuat apa yang sedia ada,namun akan dipantau dan diselaraskan dengan undang-undang dan berkaitan yang wajib mematuhi enakmen hiburan Kelantan.

"Tuan-tuan kena ingat, Islam ni orang lain kata tak boleh, tapi kita kata boleh, mereka pula akan kata adanya huru-haralah bila Islam memerintah, kemunduran dan sebagainya, ertinya walaupun mereka ini Islam, mereka ini mengatakan Islam tidak boleh,"katanya lagi.

Nik Aziz berkata pembentukan kerajaan Kelantan masa kini adalah hasil daripada kepercayaan rakyat dan akan diselaraskan dengan kehendak Islam termasuklah dalam hiburan.

"Alhamdulillah, Jom Heboh dapat berjalan dengan baik, tetapi kita baiki apa yang ada dalam program mereka ini agar selari dengan peraturan hiburan dalam negeri kita.



"Kita akan terima jika Jom Heboh ingin diadakan pada tahun hadapan sekiranya mereka akur dengan kehendak kerajaan," kata beliau.



Sumber : Harakahdaily.net

Sabtu, 27 Mac 2010

Mahasiswa jangan duduk di bawah tempurung


Mahasiswa dan isu semasa tak dapat dipisahkan. itu apa yang dapat saya konklusikan. mahasiswa yang tidak mengikuti perkembangan semasa kadang-kadang digelar katak di bawah tempurung. bagi saya seseorang yang bergelar mahasiswa/wi tidak sepatutnya memencilkan diri tanpa bersebab. selain ilmu2 yang ada disekeliling yang banyak untuk digali, isu semasa juga tidak terlepas untuk digali oleh mahasiswa/wi, apalagi yg berada jauh di perantauan ini.

Isu umat Islam seperti di Palestin, masjid aqsa, pelantikan syeikh al-Azhar yang baru dan pelbagai lagi isu yang perlu mahasiswa juarai.

Jangan jadi katak di bawah tempurung yang kelam. kelam dgn dunia sendiri tanpa menghiraukan orang lain. kenapa ini semua berlaku? antara faktor yang saya boleh gariskan ;
1.menganggap tidak penting.
2.tidak minat
3.terlalu sibuk dan buat2 sibuk dgn dunianya sendiri.
4.ada sikap nafsi-nafsi dlm diri.
5.tiada kemudahan internet untuk mencari bahan dan
6.tidak bergaul dgn sahabat yg lain.

Isu semasa tidak semestinya apa yang berlaku di seberang laut sahaja. apa yang berlaku di seberang jalan juga boleh dikelaskan sbg isu semasa. Nabi Muhammad saw juga ada bersabda yang mafhumnya bermaksud "Bukan dikalangan kami org yg tidak mengambil tahu tentang hal keadaan saudaranya yang lain", nah...ini satu tamparan hebat kepada kita.

Ilmu tidak semestinya apa yang ditalqqikan dihadapan masyaikh atau guru2. malah ilmu ada dimana2. Allah telah campakkan ilmuNya di merata dunia. hanya kita yang perlu mencari dan mengutipnya.

Isu semasa juga sebagai pembuka minda kita. cara untuk kita mempraktikkan ilmu. kita boleh mengolah ilmu yang ada berdasarkan isu yang berlaku. contohnya penghinaan akhbar sweden lakukan kpd Nabi Muhammad saw. kita wajib melahirkan kemarahan kpd mrk yg menghina dgn memboikot barangn mrk. jika kita di bwh tempurung? apa jadi?

Jumaat, 26 Mac 2010

Ratusan umat Islam bantah akhbar Sweden


oleh: Abdul Rahim Sabri

Kira-kira 500 umat Islam berkumpul di depan kedutaan Sweden di ibu negara bagi menyatakan bantahan mereka terhadap tindakan tiga akhbar Sweden yang didakwa menghina Nabi Muhammad hari ini.

Sejurus selepas menunaikan solat Jumaat di masjid bersebelahan bangunan Tabung Haji di Jalan Tun Razak, mereka berarak di kedutaan tersebut, kira-kira 500 meter sahaja daripada tempat tersebut.

Kumpulan tersebut diketuai Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan dan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Jais Abdul Karim.

Di samping bertakbir dan berselawat, mereka melaungkan slogan anti-Sweden seperti “Biadap Sweden” dan “Jahanam Sweden”.

Mereka juga membawa kain rentang dan poster bertulis “Kami kasih Nabi", “Jangan Hina Nabi Muhammad” dan "Kami berjuang untuk nabi kami".

Kelihatan kira-kira 40 anggota polis, termasuk Unit Simpanan Persekutuan (FRU) mengawal sekitar kawasan tersebut. Tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.

Setibanya kumpulan itu ke kedutaan negara terbabit di Plaza OSK, Jalan Ampang kira-kira jam 2.15 petang, Nasrudin dan Jais kelihatan naik ke pejabat kedutaan tersebut di tingkat 8 untuk menyerahkan memorandum bantahan mereka.

Memorandum dua halaman itu - ditandatangani 19 NGO Islam - antaranya menuntut kerajaan Sweden mengambil tindakan tegas terhadap pelukis karikatur itu dan tiga akhbar yang didakwa menimbulkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.

Selepas itu, pemimpin tersebut turun dan berucap kepada kumpulan penunjuk perasaan tersebut, sebelum disudahi dengan tindakan Nasrudin membakar bendera Sweden kira-kira jam 3.00 petang.

Nasrudin dalam ucapannya menyifatkan karikatur yang disiarkan itu amat menyentuh sensitiviti dan mencabar umat Islam seluruh dunia.

"Kita berhimpun serentak bersama dengan umat Islam di seluruh dunia, disebabkan kebiadaban pelukis karikatur di mana Rasulullah digambarkan seperti seekor binatang.

"Oleh itu kita minta kerajaan Sweden mengambil tindakan tegas kepada pelukis dan akhbar itu," katanya.

Manakala Jais pula dalam ucapannya berkata GPMS tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang menghina Nabi Muhammad.

"Mana-mana pihak yang menghina Melayu dan Islam, kita akan bersama-sama (bangkit) untuk menyatakan pendirian kita dengan jelas," katanya.

Sebelum ini, dilaporkan lakaran karikatur yang menggambarkan kepala Nabi Muhammad pada badan anjing - karya pelukis Sweden Lars Vilks - dikemukakan sebagai bahan pameran di sebuah pusat warisan budaya Sweden.

Bagaimanapun, lakaran itu ditolak atas sebab-sebab keselamatan.

Namun, sebuah akhbar Sweden kemudian menyiarkannya bersama tulisan editorial yang mempertahankan kebebasan bersuara. Tiga lagi akhbar Sweden kemudiannya turut menyiarkan semula karikatur itu.

Tindakan itu yang membawa kepada bantahan negara-negara Islam sehingga Vilks menerima beberapa ancaman bunuh.

sumber : Malaysiakini.com

Rahmat Jumaat

Salam saiyidul ayyam buat sahabat2 sekalian. cepat sungguh masa berlaku.sedar2 kt sdh berada di jumaat yg seterusnya.betapa mulianya hari jumaat ini sehingga Allah telah letakkan satu tajuk di dalam al-Quran bernama al-Jum'ah.Surah yg khas mengisahkan hari yg mulia ini.

Antara kelebihan hari jumaat:
1.diwajibkan kpd lelaki utk menunaikan fardhu jumaat menggantikan solat fardhu zohor.
2.di dalamnya ada satu masa yang dimakbulkan Allah doa dan menjadi rahsia Allah.
3.disunatkan membaca surah al-kahfi dan ganjarannya amat besar.
4.disunatkan mandi bagi org yg hendak menunaikan solat fardhu jumaat dan disunatkan memakai wangi-wangian dan pakaian yg elok.
5.dan banyak lagi kelebihan yang boleh diamalkan.

Betapa indahnya Islam dan betapa maha pemurahnya Allah yg mengurniakan nikmat ini. hanya tinggal kita untuk mengamalkannya.

Ada juga segelintir umat Islam hari ini yang tidak menunaikan solat fardhu 5 waktu, tetapi dalam masa yang sama mereka tidak meninggalkan solat jumaat. satu fenomena yang pelik tetapi telah berlaku di dalam masyarakat hari ini.inilah rahmat hari jumaat yang Allah ciptakan.

Peluang ini patut direbut oleh kita org Islam. hari ini patut dijadikan hari cuti oleh negara2 Islam bagi memberikan ruang yang secukupnya untuk org Islam beribadat dan berdoa.bukan mengkhususkan hari ibadah,tetapi sekadar untuk merebut peluang yang diberikan.semoga dengan keberkatan yang ada di dalam hari jumaat ini menjadi pemangkin kekuatan kita untuk beribadah kepada Allah Tuhan semesta alam.

Di Mesir,hari jumaat dijadikan hari yang sunyi dari sebarang program oleh mahasiswa-mahasiswa di sini untuk menumpukan kepada usrah yang dibentuk oleh pihak persatuan. dengan adanya usrah2 ini bolehlah mahasiswa/wi menambah thaqafah dan bertukar2 pandangan dan juga berkongsi masalah sesama ahli usrah.

JOM USRAH !!!!!!

Khamis, 25 Mac 2010

Gempur Maksiat

Saya baru sahaja selesai menghadamkan hadith 34 dari Matan Arbaien Imam Al-Nawawi. hadith yang cukup cantik membahaskan tentang mencegah kemungkaran. ini adalah tajuk yang akan saya bawa bagi memenuhi pentaklifan sbg pentazkirah pada pagi jumaat nanti. disebabkan sudah lama tidak memegang mikrofon sbg seorang pentazkirah, maka nak tak nak saya perlu membuat persediaan awal dan rapi agar tidak menghampakan pendengar saya nanti. Insya'Alllah.

Di dalam hadith ke-34 itu, nabi mengsabdakan tiga keadaan org yang melihat kemungkaran dan cara mencegahnya :
1.dengan tangan@kuasa
2.dengan lidah@perkataan
3.dengan hati dan ini merupakan selemah2 iman.

Di dalam syarahnya juga imam Nawawi telah membincangkan dgn lbh pnjg beberapa perkara. seperti apa yang dimaksudkan mencegah dgn tangan, lidah dan hati.

Antara kesimpulan yang saya boleh buat ialah, setiap muslim mempunyai tanggungjawab untuk mencegah kemungkaran di muka bumi, tidak kiralah siapa kita, apa kondusi kita, kita punya tanggungjawab itu.

Antara golongan yang paling layak dan patut melakukan perintah ini :
1.Ulama' sebab mengetahui larangan dan arahan agama
2.umara'@pimpinan krn mereka berkuasa.

Kadang-kala saya terbayangkan apa yang berlaku di negara tercinta. sejak akhir2 ini pelbagai jenayah berlaku setiap hari. pembunuhan kejam, buang bayi, judi arak jagn cakaplah dah macm di negara kafir. nauzubillah..

Rasa takut dan gentar mula menguasai diri. lantas soalan2 pada diri mula muncul. apa peranan aku?

Saya rasa rakyat Malaysia sudah mula berfikir, apa punca semua masalah ini. bila kemaksiatan mula bermaharajalela, maka bala Allah pasti menanti. inilah yg terjadi.

Moga Allah selamatkan negaraku tercinta dgn memberi kemenangan kepada penyeru kebenaran. sama-sama kita menggempur kemaksiatan yang kian membanjiri bumi Malaysia. tambahkan ilmu di dada..

Rabu, 24 Mac 2010

Selagi BN berkuasa, jenayah makin bertambah


TELUK INTAN, 24 Mac: Kejadian pembunuhan di negara ini semakin menjadi-jadi, nyawa manusia seolah-olah tidak bernilai, inilah yang membimbangkan seluruh rakyat Malaysia sejak BN berkuasa lebih 50 tahun lalu.

Kejadian pembunuhan kejam ke atas Ketua Pemuda Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Perak merupakan salah satu bukti menunjukkan hidup rakyat negara ini tidak terjamin keselamatannya.

Demikian dinyatakan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh ketika melawat keluarga mendiang Siva di kediaman mereka di Taman Mawar, Langkap semalam. (Gambar kanan)

Menurutnya, Umno/BN tidak lagi boleh diharapkan untuk menjaga rakyat negara ini daripada sebarang bentuk jenayah, sudah lebih 50 tahun BN berkuasa, jenayah kian bertambah dari hari ke hari.

Oleh itu, rakyat wajar memberikan mandat kepada Pakatan Rakyat memerintah negara ini agar keselamatan mereka terjamin.

Sementara itu balu mendiang Siva, Puan Kala @ Papa a/p Kandasamy melahirkan rasa amat bangga apabila tiga hari lalu beliau telah dikunjungi Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

"Saya tidak menyangka Tuan Guru akan hadir. Selama ini saya hanya melihat wajahnya di dalam suratkhabar atau di televisyen tetapi hari itu saya dapat bersua muka dan bercakap dengan Tuan Guru," kata beliau.

Pada pertemun itu, Muslimat PAS Pusat telah menyampaian sumbangan kepada Puan Kala.

Sebelum itu, rombongan Dewan Muslimat PAS Pusat telah mengadakan pertemuan dengan Dewan Himpunan Penyokong PAS Pasir Salak di pejabat dewan itu. (Gambar kiri)

Di dalam pertemuan tersebut, Dr Halimah Ali memuji DHPP Pasir Salak yang telah mempunyai pejabat sendiri.

“PAS menghormati DHPP walaupun mereka berbeza, inilah yang Umno/BN tidak mahu lihat kerana dakyah BN kononnya PAS parti yang pelampau ternyata satu pembohongan dari BN," katanya.

Sumber : Harakahdaily.net



_____________________________________________________________________________________

ulasan : memang sungguh bagai dikata, sekarang Malaysia diancam oleh jenayah yang melampau. setiap hari ada sahaja kes bunuh yang dilaporkan. Ya Allah, apa sudah jadi dengan negaraku.

selagi amanah tidak dikembalikan kepada yang hak, selagi itulah Malaysia akan diancam oleh malapetaka yang tidak terfikirkan pun oleh kotak fikioran.

apa peranan kita selaku pelajar agama?? mari sama-sama kita menyeru kepada kebaikan dan mencegah keburukan. lahirkan rasa benci kepada kezaliman dan ketidak adilan.

Moga Allah menggolongkan kita dari kalangan orang yang menyeru agamaNYA yang suci.Panjatkanlah doa moga kita dan keluarga tidak termasuk di dalam fitnah yang hina ini.

PRU PMRAM 2010 satu sejarah


PMRAM pada tahun ini telah mencipta sejarah tersendiri apabila julung kalinya akan mengadakan pilihanraya umum bagi memilih 9 calon daripada 12 yang bertanding bagi mengisi kerusi Badan Pengurus PMRAM pada sesi akan datang.

Ini satu perkembangan yg sangat baik damw positif. sepanjang 5 tahun saya di sini, ini merupakan kali pertama saya merasakan Pilihanraya PMRAM. Seperti kwn2 seperjuangan di Universiti dalam Malaysia yg seringkali melalui proses ini.

Perkembangan yg sihat ini perlu diteruskan di masa2 akan datang bagi melahirkan pimpinan yg dinamis dan bermutu.

Calon-calon yg bertanding juga nampak seimbang yg mana disertai oleh pelbagai anak negeri dan muhafazah.

Kini tanggungjawab untuk memilih pimpinan baru PMRAM ini terletak di bahu ahli2. antara proses yg wajib ahli lalui ;
1.semak daftar pemilih.(Nama,no. pmram,yuran)
2.menghadiri sesi taaruf calon untuk mengenali bakal pimpinan.
3.mengundi calon yg layak.

Saya sangat2 teruja untuk melalui proses ini kerana baru pertama kali melaluinya. dulu pihak KPIPM juga melalui proses yg sama juga tetapi saya tidak berkesempatan kerana sedang bercuti di Malaysia.

Ayuh ahli-ahli PMRAM sekalian kita tunaikan tanggungjawab kepada persatuan yg menaungi kita.

Jangan kita terus leka dgn dunia ciptaan kita tanpa menghiraukan org lain di sekeliling.

Saya pelik kenapa ada segelintir mahasiswa yang tidak mahu melibatkan diri dgn persatuan apa lagi memberikan komitmen padahal itu satu pengajaran dan pendidikan untuk diri sendiri jugak sebagai persiapan untuk menghadapi medan sebenar di Malaysia nanti.

Semoga Allah membuka hati kawan-kawan untuk sama bantu membantu dalam kebaikan. aminn..

+++ Saya tidak pernah gagal untuk menghadiri Muktamar tahunan PMRAM sejak dari tahun 2007 lagi. semoga Allah memilih saya untuk hadir ke muktamar tahun ini. aminn..

Selasa, 23 Mac 2010

Masalah Dunia


Alhamdulillah, saya kembali berkarya selepas dua hari kesibukan dengan program yg dianjurkan oleh persatuan. Saya bersyukur kerana mampu hadir memberikan komitmen kepada persatuan walau hanya sedikit.

Sempat juga membelek blog kwn2 dan membaca portal2 berita malaysia. tidak ada berita yang mengembirakan hati dari tanah air.

Macam biasa politiknya masih tak menentu. Parlimen Malaysia sedang bersidang untuk penggal ke-3 selepas berhenti selama 3 bulan.

Pelbagai isu dibahaskan. yang terbaru pendedahan oleh ketua pembangkang DSAI tentang one Malaysia diciplak dari Zionis laknatullah. mereka juga menggunakan slogan yg sama cuma negara sahaja berbeza iaitu 'one Israel'. Ini berpunca dari syarikat yg menjadi penasihat kepimpinan Najib Razak dari negara zionis itu menguasai putrajaya.

Akibat pendedahan ini, laporan polis telah dibuat oleh pelbagai pihak terutamanya dari juak2 UMNO-BN. Namun disebalik pendedahan ini, Najib belum lagi membuktikan fakta yg dikemukan oleh DSAI salah. sama-sama kt ikuti perkembangannya.

Di Mesir pula hangat tentang pelantikan Syeikh al-Azhar yg baru, Dr. Ahmad Thayyib. Sekarang ada suara-suara sumbang mempertikaikan pelantikan beliau. ada juga pihak yg tidak bertanggungjawab menyenaraikan fatwa2 Dr. Ahmad yg dianggap kontrovesi.

Inilah al-Azhar, terlalu dicemburui musuh. satu institusi yg masih mengekalkan manhaj Rabbani dan Nabawi yg unggul. fitnah bukan penghalang kerja dakwah. Nabi Muhammad saw juga pernah difitnah.

Saya mengharapkan al-Azhar makin unggul selepas ini. di akhir zaman ini sesiapa yg mengamalkan agama bagai menggenggam bara api. terlalu panas tapi tidak boleh dilepas.

Saya berdoa moga Allah menambah keizzahan kpd al-Azhar yg sudah bertapak ribuan tahun di bumi kinanah ini.

Tambahan: kpd pelajar al-Azhar, jom pakat pertahankan syeikh kita.

Sabtu, 20 Mac 2010

Dr. Ahmed Thayyib diangkat sebagai Syeikh al-Azhar


Kaherah- Teka-teki siapakah Syeikh al-Azhar yang terbaru selepas kembalinya ke rahmatullah Syeikh Sayed al-Tantawi pada rabu lepas terjawab selepas Presiden Mesir Mohammad Hosni Mubarak mengeluarkan dekrit keputusan presiden ke-62 2010 pada jumaat lalu 19.3.10 bahawa reaktor al-Azhar sejak 2003 juga merupakan bekas mufti Mesir Dr Ahmed Mohamed Ahmed al-Tayyib sebagai Syeikh al-Azhar yg terbaru.

Keputusan ini dikeluarkan oleh Presiden Mesir ketika beliau berada di Jerman untuk mendapatkan rawatan di sana.

Sumber berita: al-arabia.net, m-voa-islam.com

tambahan: tahniah kpd Dr. Ahmed Tayyib. Semoga pelantikan beliau meningkatkan lagi imej al-Azhar di mata dunia.

Jumaat, 19 Mac 2010

Bermuhasabah dan dimuhasabah

Assalammualaikum w.r.b.t

Hari ini pagi-pagi sudah meng-update blog. entah dari mana datang semangat begini. apa2pun syukur kehadrat Allah yg mengurniakan aku secebis idea utk berkarya.

Sebentar tadi baru shj selesai majlis muhasabah sprh penggal kpipm. pelbagai mhsbh dan cdgn dilontarkan ahli kpd Ajkt. yg positif, yg negatif semua ada. tinggal menunggu yg dimuhasabah utk menilai kmbl perkara yg dimuhasabahkan.

Bagi aku, semua org perlu bermuhasabah. tak kira siapa. semua manusia pasti ada melakukan kesilapan. Nabi Muhammad saw yg ma'sum pun selalu bermuhasabah diri dan beristigfar tidak krg 70 kali sehari. inikan kita manusia biasa....

Tidak semua manusia suka dikritik apa lagi dikhalayak ramai termasuklah empunya diri. tetapi kesannya lebih mendalam dan berkesan jika muhasabah itu didengari org. aku terlalu benci muhasabah bersifat sirr spt menulis di atas kertas. lainlah jika mhsbh itu dari diri ke diri.

'Setiap manusia melakukan kesilapan ' sering disalah tafsir. padahal Islam menuntut umatnya melakukan sehabis baik. kesilapan perlu diletak di nombor 177. hakikatnya, kesilapan sering dilakukan dgn alasan manusia tak sunyi dari melakukan kesalahan. akhirnya lahirlah manusia yg takut gagal.

Aku tahu bukan mudah untuk menjadi pimpinan apalagi sedang belajar. tetapi mereka beruntung krn diberi pengalaman berharga ini. aku sudah melaluinya. terlalu indah walau ianya perit.

Kehadiran yg tidak menggalakkan mlm ini memelikkan aku. padahal sblm ini muhasabahlah yg plg diminati warga kpipm. 'hentam exco' kata mrk. tapi...pengecut utk kehadapan. inilah kumpulan yg perlu para exco tempuhi. mrk menyanyangi kpipm, tetapi tdk tahu caranya bagaimana. tetapi bagiku, penentangan ini sesuatu yg sht. selagi mrk tdk memfitnah, menghina, mengeji...muhasabah mrk patut diterima.

Berfikirlah....

Khamis, 18 Mac 2010

Jom Jadi Daie ; Penulis


Assalammualaikum w.r.b.t

Dua hari tidak meng-update blog terasa bagaikan terlalu lama. kerinduan utk menulis itu terlalu menekan jiwa, tetapi akibat idea yg diperah tidak keluar-keluar akhirnya 2 hari kekeringan idea. inilah lumrah seorang penulis. anda setuju?

Inilah wajah baru yg mampu saya rubahkan. kekontangan ilmu memblog membuatkan saya rasa ingin mengeksplotasi ilmu ini.

Penting ke ada blog ni? org baca ke blog kita? 'saya x pandai menulis', 'saya x ada masa la', 'banyak lagi kerja nak buat'.ini soalan dan jwpn yg slalu saya dgr dr kwn2. saya hanya menyepikan diri dr mnjwb soalan2 begini. bukan khitman ilmu, tapi biarlah kwn2 yg fkrkn sndiri.

Baiklah, jika menceritakan tentang blog. ia pasti berkait rapat dgn penulisan. ada pelbagai tujuan org memblog. tak terkecuali yg berniat jahat. inilah yg dipanggil media baru. media yg menguasai dunia sekarang. berita seluruh dunia diketahui dlm 1 saat, ya sepantas itu.

Bagi mereka bergelar daie(pendakwah), inilah medan terbaik utk menyampaikan risalah kebenaran dan mencegah kmungkaran.

Nabi Muhammad saw yg kt cntai ada berpesan di dlm hadithNya yg suci ' balighu anni walau ayah ' yg bermadsud : sampaikanlah drpdKU walaupun satu ayat. ini satu seruan yg jelas dari Rasulullah kpd kt.

Inilah peluang utk para daie mggunakan media baru ini. jika gerakan kristianisasi terlalu aktif bergerak. saya pelik knp para daie masih lagi tidur lena diulit mimpi.

Hari ini kt dpt melihat betapa bobroknya sistem keadilan sosial. jika ia tidak dicegah cepat, barah yg lbh parah pasti melanda umat sejagat. hanya dihujung jari Islam dpt disebar dan dijijak. ini adalah tgggjwb kt bersama.saya&anda adlh daie.

Islam itu indah ;marilah sama-sama kt menyebarkannya. jangan tkt akn kslpn ktk menulis. Menulislah mengikut genre yg kt minat. kt semua adalah daie. maka serulah.

Isnin, 15 Mac 2010

Malaysia dalam bahaya : Yahudi Menguasai Putrajaya


Asalammualaikum w.r.m.t


Kisah yang menakutkan...berderau darah apabila membacanya. Anda boleh baca sendiri di sini

Ahad, 14 Mac 2010

Monolog hamba Tuhan


Assalammualaikum w.r.m.t


Kepangkuan sahabat seperjuangan sekalian. moga hari ini merupakan hari terbaik buat kita semua. Selaku hamba Allah, taklifan yg terpundak di bahu perlu terus dipikul walau berat sebesar gunung.

' Pelajar agama besar tanggungjawabnya ' itulah kata2 yg bermain di benak fikiran. terbayang mcm2 tgggjwb yg menunggu dan ditunggu.

Kebrobrokan akhlak manusia penghuni negaraku Malaysia amat menggerunkan jiwa. bagai berada di zaman jahiliyyah moden, buang anak, arak, zina, ulama' dihina, rasuah maharaja..dll,semuanya ada. apa dah jadi? ketamadunan manusia semakin hancur.

Mungkinkah ini petanda besar kiamat? mungkin juga. di akhir zaman ini, Nabi s.a.w tlh mggambrkan kerosakan akhlak penghuni dunia di dlm hadith2 Baginda yg mulia.

Betapa fasadnya manusia shgga anak kecil yg tdk brdosa dipukul bagai anjing shgga mati. inilah yg trjadi di negaraku tercnta Malaysia.

Air mataku bagaikn ingn menitis mengenangkn nasib negaraku. Inilah akibat apabila amanah negara dijaga bukan ahlinya.

Selaku mahasiswa Islam, aku terpanggil utk mengubah lanskap ini. di samping memenuhkan ilmu di dada..aku jg perlu tahu dan faham tentang selok belok politik. bukan utk berpolitik, tetapi utk menyimpangkan aku dr terjerat fitnah dunia.

' ulama' su' ', itulah ygku takuti. Golongan ini yg menghancurkan Islam yg mulia. Islam yg tinggi dianggap layak duduk paling bawah. aku sgt benci puak2 ini berbanding org jahil agama. mereka guna kedudukan utk kotorkan agama.

Tak dpt aku bygkn betapa keji dan hinanya mrk. Fatwa bkn lg utk agama dan keadilan sejagat, tetapi utk menjaga tuan tunggangan mrk. mrk ditunggang bagai keldai.

Ya Allah, jauhkan aku dari lembah yg hina ini. berkati ilmuku ya Allah. Kuatkan aku menjunjungi titah perintahMu. jauhkan aku dari murkaMu ya Allah. Andai aku terpesong, peringatilah aku..

Sabtu, 13 Mac 2010

Yang hak itu hak, yang batil itu batil



Assalammualaikum w.r.b.t


'Kalau belajar agama tinggi-tinggi tapi sokong UMNO baik ambik fakulti sukan' - Dato' Sri Nizar Jamaluddin- itulah kata-kata yg menusuk jiwa kalbuku. luahan kata ini telah dilafazkan pada malm semalam di dataran hayyu asyir, kaherah yg menyaksikan ribuan mahasiswa/wi trn bg mendengar sendiri penjelasan dari org yg terlibat secara lang dalam rampasan kuasa yg brlaku di perak.

Penjelasan yg amat jelas disampaikan bg mmbuka minda mahasiswa/wi mesir samaada dari kuliah dirasat atau perubatan yg dtg berbondong-bondong semalam.

Suasana sejuk di dataran menjadi hangat tatkala satu persatu kezaliman umno-bn dirungkai oleh para delegasi rombongan.

Kedatangan delegasi PAS Perak ke bumi Mesir ini bknlah untuk merayu undi mahasiswa/wi Mesir, tetapi ingin menjelaskan dan menjawab segala pertuduhan dan fitnah yg dilontarkan umno-bn.

Hikmah terbesar di sebalik rampasan kuasa di Perak adalah umno makin dibenci segenap masyarakat. Rakyat mula membuka mata dan telinga yg selama ini ditutup oleh umno-bn melalui media2 dajjalnya.

Kesungguhan dan ketabahan 'Hero-hero' rakyat ini menentang kezaliman dan mengembalikan keadilan sdkt sbyk mncbr jiwa para hadirin termasuklah dr ini.

Dgn gabungan pakatan rakyat yg PAS sertai telah membuka jalan untuk non-muslim mengenali Islam dgn lbh dkt melalui akhlak-akhlak yg ditunjukkan oleh pimpinan PAS.

Senario ini tidak pernah ditunjukkan oleh UMNO-BN sepanjang 52 thn memerintah malahan mrklah juara menghina Islam brbndg non-muslim.

Inilah kekejian UMNO yg plg bsr. Inilah sbbnya mahasiswa/wi diseru membantu menumbgkan UMNO-BN pada PRU ke-13 nanti.

Moga-moga satu undi yang diberikan oleh kita menjadi penyebab tumbangnya rejim umno-bn dan sekaligus menguburkan UMNO-BN dari muka bumi ini.

Tambahan: Delegasi akn brgkt ke Jordan hr ini utk meneruskn misi mrk.

Khamis, 11 Mac 2010

Ramah mesra bersama Dato' Sri Nizar dan rombongan.




Assalammualaikum w.r.b.t


Alhamdulillah, semalam kami anak-anak perak mesir telah didatangi oleh orang yg telah mengubah situasi politik tanah air khasnya Negeri Perak. orang yang telah membuka lembaran baru sejarah negara. yang menjadi ikon dan idola seluruh rakyat. beliau yang dimaksudkan tak lain tak bukan MB dihati rakyat Perak Dato' Sri Nizar Jamaluddin.

Bersama-sama rombongan yg lain, beliau diraikan oleh anak-anak perak di perlembahan nil dalam satu majlis ramah mesra yang dihadiri hampir 500 org pelajar perak di mesir samaada dari bidang agama dan perubatan.

Pada malam itu Dato' Sri Nizar telah menyampaikan ucapan dan pelbagai nasihat juga pesanan buat kami di sini. pelbagai pesoalan dirungkai dan dijawab oleh DSN terutamanya kemelut yang berlaku di negeri Perak. DSN juga hadir bagi menjawab fitnah2 yg tlh dilemparkan oleh puak2 umno yang telah datang sblm ini yg brtujuan hanya utk menyebarkan fikrah sesat lagi menyesatkan kpd para pelajar agama di sini.

Selain DSN, Dr. Idham lim yg jg ketua penerangan PAS Negeri Perak dan juga pengarah pilihanraya PAS negeri, tuan hj Asmuni Awi trt brcp dlm majls tersebut.

Rata-rata mahasiswa yg hadir sgt2 teruja dgn kehadiran DSN beserta rombongan ke rumah perak. tak dilepaskan peluang bergambar bersama DSN dan rombongan, termasuklah teman...:)

Kalau nak negok gambo teman brsm rmbngn, blh la kome bukak blog CINA ISLAM..popular teman skjb ada gambo dlm tu..jgn jeles.hehehe..

Gambo-gambo pribadi teman lepas ni akn diupload,insya'Allah.

Akhirnya tercapai jgk cita-cita teman nak jmpa idola teman ni. tak caye tgk kat ats tu, kan gambo DSN..Moga teman trs dithabatkan hati meneruskan perjuangan ini.aminnn..

Tambahan: ada dua lagi prgrm DSN dan rmbngn brsm mahasiswa malaysia slps ini.


Salam perjuangan
Islam for all

Rabu, 10 Mac 2010

Perginya sebutir permata Al-Azhar asy-syarif


Assalammualaikum w.r.b.t

'ustaz faizal, ustaz faizal bangun...ada pengkhabaran tak baik ni'. aku yang terpinga-pinga bangun menyapa amirul yang gundah mengejutkanku..saat itu pukul 1 ptg. MasyaAllah, lamanye aku tdr. amirul menyambung bicara,' ni ustaz faizal tau tak syeikh tantawi meninggal'.' haa!'...aku jerit keanakan.' anta biar betul mirul, tula, ana pun tak pasti ni. cuba ustaz cek internet.'

Tanpa berlengah, tanganku laju meraba tilam mencari telefon bimbitku. setelah di cari, akhirny berita tadi dibenarkan. aku jadi kaget seketika. kalam innalillah wainna ilaihi rajiun dilafaz tanda pasrah dgn ketentuanNYA.

Selepas itu, aku ditinggalkan sendirian. terpaku aku seketika sambil gambaran susuk tubuh al-marhum mula muncul. walaupun kami jarang berjumpa, tetapi terasa dkt dihati. mgkin krn tempat aku menimba ilmu ini dipimpin oleh al-marhum.

Setelah hampir 14 tahun menekuni jawatan Imam besar universiti al-Azhar akhirnya beliau pergi dgn meninggalkan pelbagai khazanah ilmu, terutamanya bidang tafsir yang beliau pakari.

Beliau meninggal dunia selepas diserang sakit
jantung ketika menaiki pesawat di lapangan terbang Riyadh utk plg ke kaherah selepas selesai melakukan lawatan ke Arab saudi.

Arwah dijangka disemadikan di perkuburan al-baqi', madinah.

Semoga roh al-marhum syeikh mohamed sayed tantawi di tempatkan bersama-sama orang-orang saleh dan para syuhada'. Al-fatihah..

Tambahan: siapakah syeikh al-Azhar yang seterusnya pasti soalan lazim selepas ini. yang pasti, al-Azhar telah melahirkan ramai pewaris perjuangan Nabi. Sama-sama kita tunggu siapa yang akan memegang amanah yang berat ini.

khianat tanda MUNAFIQ

Assalammualaikum w.r.b.t


Salam kasih sayang buat semua pejuang Allah. semoga kasih sayang yang kita curahkan buat perjuangan ini mendapat ar-Rahman dan ar-Rahim Allah.

Siri pengkhianatan demi pengkhianatan Ahli Parlimen PR semenjak 2 menjak ini telalu memelikkan. setelah bersama mengharungi liku-liku berdarah kemenangan PRU ke-12 yang telah genap 2 tahun, akhirnya mereka pergi tanpa diduga sesiapun.

Entri kali ini bukan menangisi pemergian mereka, tetapi sekadar ingin berkongsi duka.

Layakkah mereka digelar pengkhianat? jika kita menyelak hadis nabi yang mulia, kita pasti menemui jawapannya. Nabi s.a.w telah bersabda yang mafhumnya berbunyi bhwsany tanda2 org munafiq itu ada 3.1-apbl dia brckp, dia brbhg, 2-apabila berjanji, dia mgkiri, 3-dan apbl dia dipercayai, dia khianat..

Itu tanda yg Nabi tlh sbdakn. sgt trg dan nyata. tanpa ragu dan gundah, kt blh memutuskannya. ke3-3 tanda itu terpampang kpd kt. kt tdk brhk mghkm lntasn hati mrk, ttp kt mampu utk menilai kerja bt mrk.

smasa brkmpen, ape yg mrk ckpkn? ape yg mrk jnjikn? ape yg mrk tagihkan? ya,mrk jnjikn prjuangan rakyat. mrk jnjikan kesenangan rakyat. mereka tagihkan 'undi' rakyat. stlh 2 thn, ape mrk bt?

Mrk mungkiri sglnya. hati rakyat brbisik, adkh ini blsnnye sudah. bkn lmbg parti yg dihirau, ttp lambang prjuangan yg jd soalannye. rakyat ckp lali ditindas-tindas. lambang itu maha zalim. ckplah 52 thn rkyat menangisinye.

terima kasih bt pengkhianat, rakyat xperlu risau lg dipimpin oleh kalian. jelik,ktr dan jijik. kalau kalian pejuang agama, buktikan pada semua. kalian bkn pndkg dsr itu. kapitalisme, sekularisme, sosialisme..ini bkn ajrn agama yg mulia.

Bertaubatlah sblm trlambat, maha hebat rejaman Allah bg pgkhianat. apa lagi pengkhianat agama.


Tambahan: rombongan PAS kini berada di sini(mesir)..mg Allah jodohkn kmi brjmpa nnti

Sabtu, 6 Mac 2010

Mana hak kami?

Assalammualaikum w.r.b.t


Berjumpa lg kt diruangan terbatas ini. lafaz syukur dipanjatkan kpd Rabbul izzati pemilik alam buana langit dan bumi kerana masih lagi melimpahkan nikmat demi nikmat buat hamba ini bagi meneruskan kehidupan. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w yang telah menyempurnakan penyampaian risalah buat umatNya hingga akhir zaman.

Entri kali ini tetap juga santai tanpa emosi kebencian tetapi tetap terselit informasi berguna. itulah yg diharapkan.

Politik negara yang makin meruncing sekarang sedikit sebanyak menyerabutkan minda. perbalahan demi perbalahan pimpinan negara menyebabkan rakyat jadi kecamuk dan bosan.

Rakyat jadi semakin susah, pimpinan diatas terus bersenang lenang. barang naik, minyak naik, yuran sekolah naik, semuanya naik. gaji pekerja? tak pernah yang naik. rakyat diminta berjimat cermat, pimpinan diatas terus mengkayakan diri, keluarga dan kroni. apa ini semua?

Ini peranannya pembangkang. membetulkan yang tidak betul, menegakkan apa yang bengkok.tapi, apa yang pembangkang dapat? tekanan demi tekanan terus dilakukan. Kelantan dinafikan hak royaltinya.knp? kelantan bkn rakyat malaysia? adakah salah memilih pihak yang benar?

Belum lagi dirungkai indeks rasuah berprofil tinggi. malaysia berjaya mengukir nama di persada dunia antara negara terhebat rasuahnya. Siapa yang bersalah?

Mana hak kami? rakyat bertanya. tu,jalan raya,sekolah,elektrik.air.bersyukurlah apa yang ada. jawab pak menteri. mana duit cukai? mana duit untung petronas? mana pergi kekayaan negara yang perlu rakyat rasai? mana jawapan semua ini?

Sedarlah wahai orang yang diamanahkan, bhw kamu semua akan ditanya oleh Allah nanti atas apa yang telah kamu lakukan. percayalah dengan janji buruk Allah atas orang yang mengkhianati amanah dan janjinya.

Allah bersama org yg dizalimi

Jumaat, 5 Mac 2010

Doakan Tok Guru Nik Aziz

Assalammualaikum w.r.b.t

Selamat hari jumaat kepada semua pejuang2 agama Allah sekalian. moga kita sama2 mengambil manfaat dari hari yang barakah ini.

Entri hari ini santai2 sahaja tanpa cerita katak atau ape sahaja yang menyakitkan hati. bersempena dengan hari jumaat ni saya menyeru kpd sahabat2 seperjuangan banyak2 berdoa dan berselawat atas Nabi Muhammad s.a.w. moga kita diberi ganjaran oleh Allah seterusnya memberatkan timbangan amalan kita ketika menghadap Rabb alJalil nanti.

Diberitakan musyidul am Pas merangkap menteri besar Kelantan yang kita sayangi tok guru Nik Abdul Aziz Nik Mat telah dimasukkan ke hospital USM Kubang kerian semalam (4.3.10) selepas mengadu sakit di kiri dada. disebabkan itu, Tok Guru tidak dapat bersama rakyat Kelantan menyambut ketibaan Tuanku Sultan Kelantan semalam.

Walau umur sudah mencecah 80 tahun tok guru tetap aktif berjuang menegakkan yang hak dan menghancurkan kebatilan. perjuangan beliau yang tidak kenal erti penat membuatkan musuh gerun. semoga Allah menyembuhkan Tok Guru dan kembali menjalankan tugas.

Anda bagaimana? sudah sedia untuk berjuang?

Khamis, 4 Mac 2010

Si KATAK yang khianat

Assalammualaikum...

Salam perjuangan buat sahabat seperjuangan sekalian. semoga hari ini semangat kalian makin bertambah untuk perjuangan ini.

semalam kita cerita tentang katak, hari ni pun kita terpaksa cerita tentang katak. maklumlai katak berjuta, hangat dipasaran lagi tu.

sebelum tu kita cerita dulu tentang ketua pak katak, ibrahim ali. sekarang dah jadi hero melayu. seolah2 dialah lelaki melayu terakhir. khabarnya telah berjaya menubuhkan satu pertubuhan yang menggabungkan 40 NGO untuk membela melayu. ha, hebat tak ketua katak. membela kaum melayu? nampak sangat nak tunjuk hero dikalangan orang melayu. nak tunjuk dialah superkatak yang ditunggu2 melayu seluruhnya. tapi sayang, orang melayu bukan bodoh lagi untuk diperbodoh pak brahim. buatlah gabungan 773 NGO pun, melayu takkan tertipu lagi. ni pasti kerja umno..

Satu lagi kejayaan ketua katak, dia berjaya mendapatkan lesen dari KDN untuk menerbitkan akhbar mingguan 'Suara Perkasa' ha,hebat tu. lepas ni bertambah lagi la suara umno menipu rakyat. mudah-mudah jer dapat lesen. ni kerja sapa? pastinya kerja umno....

Ni satu lagi cerita katak, kali ni katak baru nak belajar melompat. katak banjar yang menipu kaum banjar. memalukan..

Diberitakan pagi tadi pukul 10 waktu malaysia seramai lebih kurang 200 orang berhimpun di depan pejabat AP Bagan serai mendesak supaya mohsin alkataki meletak jawatan serta merta kerana telah mengkhianati kepercayaan rakyat bagan serai. ha, tunggu apa lagi...kalau berani letak la jawatan. org lompat, dia pun nak lompat. tak aman hidup kau mohsin.

Dikhabarkan juga, ustaz ahmad awang yang merupakan mantan YDP Pas Perak memberikan tempoh seminggu kepada mohsin untuk meletak jawatan atau berhadapan dengan solat hajat 7 hari, 7 malam rakyat perak, khasnya rakyat bagan serai yang dikhianati dan dizalimi.

- ALLAH MA'ANA..

cuci sawang : aku masih di sini

Assalammualaikum..

Salam perjuangan buat sahabat2 seakidahku sekalian. semoga rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa kita perolehi.

Sudah lama rasanya tak meng-update blog. bukan menghilang, tapi mencari semangat baru. memenuhi dada dgn ilmu yang banyak bertaburan di bumi Mesir kinanah ini.

Walau menyepi, tetapi rasa rindukan penulisan tetap ada. perkembangan demi perkembangan politik tanah air sedikit membimbangkan diri. dari kes dsainya sampailah ke aksi lompat melompat katak2 nakal yang makin menjadi2 sekarang.

Dari Penang, kini berjangkit dengan katak banjar dari Perak negeriku +ercinta. lepas ni tak tau lah dari mana yang melompat. inilah akibatnya jika matlamat perjuangan tidak jelas dan tidak ikhlas. akibatnya rakyat yang menjadi mangsa. undi yang dibuang hanya sia2. rakyat inginkan keikhlasan, mereka berkempen bermatian demi kemenangan pimpinan yang diharapkan. namun ini balasannya. tidakkah anda rasa bersalah wahai kataks(Sebab ramai) kepada rakyat yang mengundi kamu. ini satu pengkhianatan yang takkan dimaafkan.percayalah.

Tetapi ini semua pasti ada perancangnya. sudah pasti umno-be end yang terlibat. mereka punya perancangan rapi bagi mencukupkan nisbah 2per3 di dalam parlimen bagi membolehkan persempadanan semula kawasan dilakukan pada PRU akan datang.

Biar habis berjuta untuk kataks, jangan rugi berbilion duit rakyat untuk dibaham. pasti itu angan2 mereka.

mereka sanggup lakukan apa sahaja demi perut dan kemaluan mereka. sejarah PM terdahulu cukup mengatakan ini benar.

Tambahan baru2 ini adik najib diumumkan antara 40 org terkaya di Malaysia dengan hanya menjadi ceo cimb bank. dengan kekayaan beratus juta ringgit mana dia dptkan? lu pk la sendiri!!!!!!!!!..


tambahan: 30 mac 10 akan diadakan sidang dun perak. apa yang akan terjadi..kita tungguuuuuuuuuuuuuu..


adios..redqalbi